Sunday, 22 September 2024

Kursus Asas GIS : 23 - 24 Oktober 2024

 Salam sejahtera... 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗚𝗜𝗦 akan repeat lagi 𝟮𝟯-𝟮𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 ni. Jika anda :-

  • Baru nak kenal2 GIS
  • Zero knowledge GIS
  • Nak explore guna ArcGIS Pro Desktop
  • Nak kena produce map utk reporting etc

Anda mmg sesuai attend kursus ni. Jom cepat daftar sebelum terlambat. Tarikh tutup pendaftaran 16 Okt 2024. Silibus dan yuran kursus seperti di brochure yang dilampirkan ni.

Berminat... hubungi 019-351 3770 untuk info lanjut. Jom kursus



Kursus Advanced GIS - Analisis dan Pengurusan Data

Salam sejahtera semua. 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝗱𝘃𝗮𝗻𝗰𝗲𝗱 𝗚𝗜𝗦 - 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗮 dan diadakan semula pada 𝟲 - 𝟳 𝗡𝗼𝘃 𝟮𝟬𝟮𝟰 ni. Jika anda ingin mempelajari kaedah :-

  • Membina slope map
  • Mencari keluasan slope class
  • Membina water flow direction map
  • Membina interpolation map
  • Mengintegrasi jadual data
  • Melaksanakan suitability analysis
  • Melaksanakan QAQC data spatial/atribut
  • dan macam2 lagi.....

Inilah kursus yang anda cari. Jom daftar kursus ni. 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗿𝗼𝗰𝗵𝘂𝗿𝗲. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 019-351 3770.

#sukagis #jomkursus










Tuesday, 20 August 2024

Kursus GIS Sept 2024

Jom join Kursus GIS bersama SukaGIS September ni. 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐆𝐈𝐒 (𝟏𝟏-𝟏𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭) dan 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐀𝐝𝐯𝐚𝐧𝐜𝐞𝐝 𝐆𝐈𝐒 (𝟏𝟖-𝟏𝟗 𝐒𝐞𝐩𝐭). Jangan tunggu lama2, nanti lama2 seat diambil orang 🎵🎵🙂. Untuk info lanjut boleh contact/wasap 019-351 3770.

#jomkursus #sukagis #KongsiIlmu



Tuesday, 11 June 2024

Perbezaan Editing Workflow ArcMap dan ArcGIS Pro

Anda masih menggunakan ArcMap dan dalam proses nak migrate ke ArcGIS Pro? Untuk anda yang selalu buat kerja-kerja editing dalam ArcMap, saya akan kongsikan sedikit perbezaan ketara editing workflow antara ArcMap dan ArcGIS Pro. Harap perkongsian ini dapat membantu anda bila nak guna ArcGIS Pro nanti.

1) Memulakan Sesi Editing

Dalam ArcMap, sebelum nak buat proses editing, anda kena klik dulu Start Editing dalam Editor Toolbar. Selagi tak klik Start Editing ni, sampai ke sudah anda tak boleh nk start buat edit data anda.



Dalam ArcGIS Pro, sesi editing akan diaktifkan secara default apabila anda klik tab Edit. Anda tak akan jumpa menu atau butang Start Editing di dalam ArcGIS Pro. Maksudnya bila anda klik saja tab Edit kat ruangan Ribbon ArcGIS Pro tu, anda dah boleh terus edit data anda.



2) Menghentikan Sesi Editing

Dalam ArcMap, nak hentikan proses editing anda kena klik dulu Stop Editing dalam Editor Toolbar.



Dalam ArcGIS Pro, tiada menu atau butang Stop Editing. Cuma anda kena pastikan klik Save la ye untuk simpan semua kerja-kerja editing anda.


3) Fungsi Auto Save Edit

Dalam ArcMap tiada fungsi auto save bila anda buat kerja-kerja editing. Maksudnya kalau anda dah buat banyak kerja-kerja edit dan terlupa nak tekan Save Edit, tetiba sistem crash or blackout, nangis tepi katil la jawabnya. Inilah antara ciri istimewa yang ada dalam ArcGIS Pro. Anda boleh setkan ArcGIS Pro untuk enable auto save ikut time interval yang anda nak. Klik saja tab Project > Options > Editing dan dialog di bawah dipaparkan.



4) Editing Data Kedudukan Folder dan GDB Berbeza

Cuba perhatikan contoh rajah di bawah. Data A dan C dalam format geodatabase gdb dan data B dalam format shapefile. Ketiga-tiga data ini duduk dalam folder yang berbeza.

Jika dalam ArcMap, untuk edit ketiga-tiga data ini anda kena lakukan step Start Editing dan Stop Editing satu persatu. Maksudnya anda tak boleh edit secara serentak dalam satu sesi edit. So tiga kali la kena buat start stop edit, macam gambaran rajah bawah ni.


Untuk ArcGIS Pro pulak, tak perlu buat macam tu sebab ketiga-tiga data tu boleh di edit serentak dalam satu sesi edit. So lagi mudah dan cepat.

So itulah perbezaan ketara dalam workflow editing antara ArcMap dan ArcGIS Pro yang perlu anda tahu. Tapi kalau anda still nak jugak feeling2 nak buat style ArcMap yang ada start stop editing tu, sebenarnya boleh juga anda configure dalam ArcGIS Pro. Klik je tab Project > Options > Editing dan check Enable and disable editing from the Edit tab seperti rajah bawah ni.


Selepas anda buat setting tu, butang Start Editing akan muncul di ruangan Ribbon tab Edit. Bila anda klik butang tu, dia akan berubah menjadi butang Stop Editing, seperti gambaran yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ni.

OK. Harap anda faham serba sedikit tentang perbezaan worklow editing ArcMap dan ArcGIS Pro ni. Sekian bye bye :).

Sunday, 26 May 2024

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐆𝐈𝐒 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚 26 - 27 Jun 2024

 


Nak manage data2 GIS ni adakalanya agak mencabar, terutama maklumat dimasukkan tak konsisten, byk duplicate. Topology pulak byk ralat mcm poligon overlap, line tak connect, tak snap. Ada ke cara nak elakkan atau cara nak buat checking?

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐆𝐈𝐒 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚 ada jawapannya.

Data analisis pulak macam2 nak kena buat, nak kena explore. Bos pulak suruh buat slope map, EIA report plak nak kira brapa keluasan setiap slope class, engineer plak nak tau pattern flow laluan air kt sesuatu surface area atau catchment. Senarai kriteria analisis pulak dah ada tapi tak pasti pulak macamana nak gabung untuk cari kawasan paling bersesuaian. Takde cara mudah ke sesiapa boleh bantu?

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐆𝐈𝐒 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚 ada jawapannya.

Analisis flow plak kadang2 steps panjang berjela2. Hari ni buat esok lupa dah tool apa yang pakai semlm 😅. Takde cara ke supaya step2 yang dah dibuat tu boleh disave dan dimanipulasi semula?

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐆𝐈𝐒 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚 ada jawapannya.

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐆𝐈𝐒 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚 akan dijalankan pada 𝟐𝟓 - 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐧 ni.. Seminggu lepas tarikh Raya Haji. Lokasi dan yuran kursus seperti tertera di brochure dalam gambar di atas. Anda berminat? Hubungi segera 𝟎𝟏𝟗𝟑𝟓𝟏𝟑𝟕𝟕𝟎 untuk maklumat lanjut. 

Jom kita berkursus 🙂

Kursus Asas GIS 2 - 3 Julai 2024


Anda tiada asas GIS dan berminahttps://forms.gle/QgAVJstW1sbxF3dP9t nak belajar GIS? Masih tercari2 kursus GIS yang bersesuaian? Jom daftar 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗚𝗜𝗦 kendalian SukaGIS pada 𝟐 - 𝟑 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 ni.  

𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗚𝗜𝗦?

  • Instructor yang berpengalaman
  • Modul kursus yang tersusun dan mudah difahami
  • Nota latihan amali yang mudah difahami melalui penggunaan rajah bergambar langkah demi langkah
  • Peserta dibekalkan nota kursus dan latihan amali dalam bentuk hardcopy dan juga digital... yaa yang digital pun disediakan

Anda berminat? Sila hubungi 0193513770 atau klik saja link ni :-

https://wasap.my/60193513770

Anda juga boleh mendaftar terus melalui link berikut :-

https://forms.gle/QgAVJstW1sbxF3dP9

Yuran kursus RM750/pax. Seperti biasa kursus berlangsung selama 2 hari (9am - 4:30pm). 

𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗚 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗡𝗜❓

  • Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS
  • Memahami komponen data GIS (spatial, atribut)
  • Pemetaan dan symbology
  • Prinsip asas sistem koordinat
  • Pemetaan koordinat dari fail Excel
  • Integrasi maklumat
  • Macamana nak buat Carian dan Pertanyaan Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)
  • Serba sikit asas penyuntingan data (editing)
  • Macamana nak buat georef peta atau pelan yang anda scan
  • Cara nak design map untuk cetak atau nak buat map utk report submission etc.

𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐆 𝐏𝐀𝐓𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐃𝐋𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐍𝐈❓❓

  • Individu yang tiada pengalaman GIS / zero knowledge GIS
  • Individu yang akan melaksanakan migrasi dari ArcMap kepada ArcGIS Pro 
  • kakitangan yang ingin, akan atau sedang menggunakan teknologi GIS dalam kerja seharian.
  • Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan GIS untuk tugasan, projek akhir dan juga kajian.
  • Anda yang inginkan kursus GIS yang menggunakan contoh-contoh data hands-on Malaysia dan kajian kes khusus area di Malaysia

𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦

ALAMI Technologies Sdn Bhd

Corporate Park Lingkaran Cyber Point Timur

Cyber 12, Cyberjaya

Untuk maklumat lanjut, contact/wasap 0193513770

atau email ke spatial.infotech@gmail.com

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒

Bahasa Malaysia

Sunday, 5 May 2024

Buku SukaGIS Jilid 2

Buku SukaGIS Jilid 2 masih ada stok. Buku ni menggunakan contoh-contoh penyelesaian masalah menggunakan  software ArcGIS ArcMap. Harga RM50 Semenanjung, RM55 Sabah/Sarawak.. harga dah termasuk postage. Boleh dapatkan di Shopee di link SINI atau hubungi 0193513770 untuk maklumat lanjut.





Topik-topik dalam buku ni :-

1.  PENGENALAN
2.  PENGURUSAN DATA
Pengurusan Medan Data
Geodatabase Attachment
Editor Tracking - Mengenalpasti Siapakah dan Bilakah Tarikh/Masa Data Dikemaskini
Membina Group Layer
Map Package - Kaedah Mudah Nak Pindah/Kongsi Data
Pengurusan Layer Dalam TOC : Menyelesaikan Masalah “Broken Data Link”
3.  PEMPROSESAN DATA
Merge : Menggabungkan Feature Class
Mosaic : Menggabung Raster
Clip Raster Mengikut Bentuk Polygon
Photo Geotag – Tukar Gambar Foto Anda Kepada Layer Point
Extract Nilai Z Raster DEM Kepada Data Point
Membina Atribut Dari Teks Annotation Fail AutoCAD
Convert GIS Data ke CAD Format
Membina Data 3D Surface TIN
Menjana Data Centerline
Geoprocessing – Environment Settings
Batch Geoprocessing
4.  PENGANALISAAN DATA
Analisis Buffer
Analisis Geoprocessing Overlay : Intersect vs Union
Analisis Geoprocessing Overlay : Erase
Analisis Dissolve
Analisis Frequency
Spatial Join - Mengira Jumlah Point Di Dalam Setiap Polygon
Verifikasi Data Melalui Integrasi Google Street View dan ArcGIS Desktop
Interpolation
Analisis Kecerunan (Slope Analysis)
Mengira Jarak Terhampir – Point Distance
Permodelan Hidrologi (Hydrological Modelling
Pemetaan Dataran Banjir (Floodplain Mapping)
Penggunaan Dataset LIDAR Dalam ArcGIS
Analisis Model Kesesuaian (Weighted Overlay)
Kelebihan Model Builder
Mengukur Jarak Permukaan 3D (Surface Length)
Analisis Tarah/Potong dan Timbus (Cut and Fill)

Dapatkan sekarang... :)

 






Friday, 1 March 2024

Import Fail MXD ArcMap ke dalam ArcGIS Pro

Untuk anda pengguna produk ESRI rasanya mesti dah tau kan ArcMap tak lama lagi nak berehat dah setelah sekian lama provide servis GIS desktop kat ramai pengguna. Dalam kata lain, ESRI nak stop dah ArcMap untuk future release.. digantikan dengan ArcGIS Pro. Jadi lepas ni kalau nak beli software ArcGIS Desktop, yang ada ArcGIS Pro je. Kalau anda masih nak proceed guna ArcMap, dipersilakan tapi takde la dapat lagi upgrade latest version, support maintenance dan lain-lain.

Jadi, kalau anda dah start guna ArcGIS Pro nanti, macamana dengan kerja-kerja yang dah banyak anda buat dalam ArcMap sebelum ni? Contohnya anda dah buat banyak fail Map Document MXD, layout peta etc. Nak kena buat semula ke dalam ArcGIS Pro? Kalau macam layout peta yang dah buat untuk printing dalam ArcMap tu, jenuh gak nak buat semula nak-nak kalau anda dah amik masa lama design dulu.

Jangan risau,.. sebenarnya dalam ArcGIS Pro ada button Import Map untuk anda import fail MXD tu masuk dalam ArcMap. Selamat…..  Cuba tengoh contoh peta saya buat kat bawah ni. Peta ni dalam ArcMap dan saya dah save sebagai satu fail MXD.


Yang bawah ni pulak contoh paparan ArcGIS Pro. Memang jauh beza la GUI ArcMap dan ArcGIS Pro. Mula-mula mungkin anda amik masa sikit nak familiar GUI menu dan button dalam ArcGIS Pro tu… tapi sekejap je tu. Kalau dah hari-hari guna gerenti boleh catch up. Yang bagusnya dalam ArcGIS Pro ni dia terus bagi kita default paparan online basemap dan online basemap dia lagi laju banding dari ArcMap punya online basemap.


Bila anda klik menu Insert dalam ArcGIS Pro tu (dalam documentation ArcGIS Pro dia tak panggil menu, dia panggil tab), anda akan nmpak button Import Map.



Klik je button Import Map tu dan cari kat mana anda simpan fail MXD ArcMap tu.


Once anda klik je OK, anda akan nmpak status Import kat map, maksudnya ArcGIS Pro sedang buat proses import map anda tu masuk dalam paparan Map View ArcGIS Pro.


Di bawah ni contoh map dari fail MXD tadi yang dah selesai import masuk dalam ArcGIS Pro. Sepatutnya anda akan dapat map yang sama tanpa perlu ubahsuai.

Cuba lihat perbandingan fail asal MXD dalam paparan ArcMap dan juga yang telah diimport ke ArcGIS Pro dalam gambar di bawah ni.


Di dalam ArcMap, layer yang anda paparkan disusun di dalam Data Frame (A). Nama default untuk Data Frame di dalam ArcMap ialah Layers. Jika anda tak rename nama Data Frame ni, nama yang sama akan digunakan oleh ArcGIS Pro bila fail tu diimport masuk (B). Satu tab map yang baru juga akan dibina (C) menggunakan nama Data Frame untuk memaparkan layer-layer dari fail MXD tu.

Macamana pulak kalau fail MXD anda ada lebih dari satu Data Frame? Apa akan jadi kalau anda import masuk dalam ArcGIS Pro? Contoh macam gambar di bawah ini. Ada 3 Data Frame bila dipapar dalam ArcMap, masing-masing nama ESA1, ESA2 dan ESA3.



Ini contoh paparan dalam ArcGIS Pro bila saya import fail MXD ni masuk. Fail MXD ni ada layout map yang saya design menggunakan 3 Data Frame tadi. Anda dapat lihat layout pun dia akan import masuk sekali.


Macamana pulak kalau kita nak papar data atau map dalam setiap Data Frame tu. Mudah je, anda boleh check kat ruangan Maps kat Catalog pane ArcGIS Pro. Semua Data Frame yang diimport dari ArcMap tu akan diletak di dalam ni.


Double click je nama map yang anda nak paparkan dan paparan map bersama data akan dibuka.


Mudah je kan? Anda juga boleh visit youtube SukaGIS untuk melihat video tutorial cara nak buat import map ni. Klik saja link di sini.  Selamat mencuba.