Dalam post sebelum ni, saya ada cerita serba sedikit perkara2 basic tentang ArcGIS Pro yang pengguna2 ArcMap patut tau. Kali ni saya nak sentuh sikit tentang symbology plak. Symbology mainkan peranan yang penting bila kita nak design map. Boleh ke map dengan simbol yang kita dah buat dalam ArcMap tu dibuka dalam ArcGIS Pro? Kalau kita dah buat banyak map dalam ArcMap, tetiba kalau dalam ArcGIS Pro kita kena buat semula map tu ngan simbol2 tu sume, jenuh la gak kan? Mau emo acik nanti. Hmmmm… jangan risau… penyelesaiannya ada.
Ada dua cara yang anda boleh
buat. Yang pertama, jika semua map2 tu anda ada save dalam fail MXD, gunakan aje
kaedah Import Map di ruangan Ribbon ArcGIS Pro dalam Tab Insert. Ingat lagi apa
dia Ribbon dalam ArcGIS Pro kan? Kalau tak ingat, rujuk post saya sebelum ni.
Bila anda gunakan Import Map ni, setiap map dalam Data Frame MXD file anda tu
akan dibina sebagai Map View di dalam ArcGIS Pro.
Gunakan Import Map untuk import fail MXD ArcMap ke dalam ArcGIS Pro |
Cuba lihat map di bawah ni. Map ni adalah map yang saya bina dalam ArcMap.
Contoh map asal di dalam ArcMap |
Sekarang cuba lihat map di bawah
ni pula. Map ni dari MXD file ArcMap yang saya import masuk ke dalam ArcGIS
Pro. Sama tak? Sama kan?
Map dari MXD file ArcMap yang telah diimport ke dalam ArcGIS Pro |
OK… itu kaedah Import Map. Sekarang
macamana pulak kalau kes anda yang buat sendiri custom symbol dalam fail ArcMap
.Style? Tau tak fail Style ni apa? Fail Style ni adalah satu fail yang kita
bina untuk menyimpan simbol2 dan element peta seperti text, scale bar, north
arrow dan lain-lain samada kita copy dari existing elemen2 tu dari existing
library ArcMap ataupun yang kita custom sendiri. Untuk nak tau cerita lebih
lanjut pasal file Style ni, boleh rujuk pada posting saya dulu2 di link sini.
Dalam topik ni saya taknak cerita
panjang lebar tentang fail Style, tapi saya nak tunjukkan macamana kalau simbol2
yang anda telah bina dalam fail Style ArcMap tu anda nak bawak masuk ke dalam
ArcGIS Pro. Jawapannya guna kaedah Import Style dalam ArcGIS Pro. Cuba lihat
gambar berikut. Ia menunjukkan dialog Style Manager ArcMap dan dalam tu ada
beberapa simbol custom yang telah saya bina di dalam ArcMap.
Senarai custom simbol dalam fail Style ArcMap |
Untuk import kesemua simbol2 tu,
saya boleh klik saja tool Import pada Ribbon Tab Insert dalam kategori Group tool
Styles
Gunakan fungsi Import Style untuk import fail Style ArcMap ke dalam ArcGIS Pro |
Gambar di bawah ni adalah hasil simbol dari fail Style ArcMap tadi yang saya telah masukkan dalam ArcGIS Pro.
Simbol dari fail Style ArcMap yang telah di import masuk ke dalam ArcGIS Pro |
Selain dari import simbol2 dari
ArcMap masuk ke dalam ArcGIS Pro, anda juga boleh tambah simbol2 dalam ArcGIS
Pro ni dengan cara download fail Style dari website esri di link sini. Cuma
bezanya fail Style ArcMap akan gunakan extension .STYLE manakala fail Style
ArcGIS Pro menggunakan extension .STYLX.
Di bawah ni saya preview rupa
website tu. Anda boleh pilih samada nak download kategori Industry Styles
ataupun Creative Styles.
Pelbagai fail style ArcGIS Pro yang anda boleh download |
Lepas anda download fail Style tu, klik tab Insert > Add > Add Style dan pilih fail Style yang anda download tadi, seperti contoh gambar di bawah ni.
Gunakan Add Style untuk masukkan fail Style yang anda telah download |
Senarai simbol Creative Styles dalam website tu menarik gak, anda boleh bina kreativiti dengan bina macam2 map, contohnya buat map based on effect watercolor, map2 lama ala2 style peta lanun dan macam2 la. Cuba lihat contoh map yang saya buat kat bawah ni. Map pertama tu standard map guna simbol yang dah sedia wujud dalam ArcGIS Pro. Map kedua tu pulak macam efek peta2 lama yang usang, yang tu saya guna dari fail style yang saya download. Map terakhir tu pulak saya bagi efek watercolor dari fail style yang saya download jugak.
Map menggunakan simbol standard ArcGIS Pro |
Map menggunakan simbol dari style download (efek peta usang) |
Map menggunakan simbol dari style download (efek watercolor) |
Walaupun nampak macam merapu map tu, tapi cuba bayangkan kalau kita nak buat program GIS Day kat sekolah2 dan kita nak buat poster map untuk program tersebut. Map efek watercolor ni mungkin lebih menarik perhatian budak2 kan?
OK sekian dulu perkongsian kali ni. Bye.