Kadangkala semasa kita melakukan
proses pendigitan polygon, kemungkinan kita nak mendigit feature yang
bersebelahan dan berkongsi sempadan antara satu sama lain. Contohnya, lihat
gambar di bawah ini. Kita ada satu polygon A, kemudian kita nak digit polygon B
yang bersebelahan dengan polygon A.
Disebabkan dua polygon ni duduk
bersebelahan, kita perlu pastikan semasa mendigit tiada error overlap atau gap
antara sempadan yang dikongsi oleh dua polygon tersebut. Dalam kata lain, kita
nak pastikan topology dua polygon bersebelahan ni dikekalkan
Shared boundary |
Macamana cara yang betul untuk
mendigit polygon begini? OK saya akan tunjukkan kaedahnya menggunakan dua
software yang berbeza… ArcGIS dan juga QGIS.
Kaedah ArcGIS
Jika anda gunakan ArcMap dalam
ArcGIS Desktop, setelah mulakan proses Start Editing, gunakan tool Auto
Complete Polygon dalam window Create Features. Kalau window Create Features ni
tak muncul, anda cuma perlu klik butang Create Features dalam Editor Toolbar.
Penerangan gambar :-
- Klik butang Create Features pada Editor Toolbar
- Klik layer yang anda nak digit
- Klik Auto Complete Polygon
Kemudian mulakan proses
pendigitan seperti contoh di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Klik lokasi untuk mulakan pendigitan. Pastikan kedudukan yang anda klik snap pada sempadan sedia ada. Jika anda tak on snapping, pastikan sempadan yang akan didigit bersilang dengan sempadan sedia ada. Kemudian mulakan lakaran dengan klik lokasi A, B, dan C.
- Tamatkan pendigitan dengan cara ‘double click’ dilokasi yang ditunjukkan. Pastikan lokasi anda ‘double click’ tu snap pada sempadan sedia ada atau bersilang dengan sempadan sedia ada. Anda akan dapati sempadan dua polygon bersebelahan antara titik (1) dan titik (2) dibina secara auto dan tiada error overlap dan juga error gap pada sempadan tersebut.
Kaedah QGIS
Kaedah yang saya tunjukkan ni
menggunakan QGIS version 3.1. Mula-mula pastikan anda aktifkan dulu Snapping
Toolbar.
Kemudian, mulakan konfigurasi
seperti gambar di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Klik butang Enable Snapping yang gambar magnet tu.
- Klik Advanced Configuration dan pilih Open Snapping Options…
- Klik layer yang anda nak digit.
- Pilih jenis snapping vertex and segment
- Pastikan anda klik Avoid overlap.
- Klik butang Enable Topological Editing.
Kemudian, mulakan pendigitan
seperti gambar di bawah.
Penerangan gambar :-
- Klik layer yang hendak didigit dan klik butang Toggle Editing
- Klik butang Add Polygon Feature.
- Klik titik permulaan untuk mulakan pendigitan. Kemudian lakar sempadan dengan klik lokasi A, B dan C seperti yang dipaparkan.
- Klik dan snap pada garis sempadan sedia ada. Kemudian ‘right click’ untuk menamatkan pendigitan.
- Dialog Feature Attributes akan dipaparkan secara automatik. Masukkan attribut dan klik OK.
Anda akan dapati polygon baru
dibina dan sempadan bersebelahan bebas dari error overlap dan gap.
So, cara mana yang senang? ArcGIS
atau QGIS? Masing-masing ada citarasa sendiri… yang penting objektif tercapai…
hehe.
ps : Kursus GIS akan dijalankan bulan Februari ni... nak tahu info lebih lanjut, klik link sini.
ps : Kursus GIS akan dijalankan bulan Februari ni... nak tahu info lebih lanjut, klik link sini.
No comments:
Post a Comment