Friday, 11 January 2019

Tips Hilangkan Cell Raster Pada Paparan Peta

Kali ni saya akan kongsikan tips bagaimana nak memapar data raster seperti DEM, slope dan seumpamanya agar kelihatan lebih menarik, tertarik daboomm. Jika anda pernah papar data raster dalam ArcMap, mesti anda pernah hadap isu ni… nampak pixel atau cell pada data raster tu bila anda zoom in. Contoh seperti gambar A di bawah ni.



Jadi nampak tak menarik paparan peta anda bila zoom in. Bayangkan kalau anda buat satu gis apps, tak kiralah desktop ke, webgis ke, lepas tu user yang gunakan apps anda bila zoom in nampak berkotak-kotak, berpixel-pixel pada map. Tak syok le kan? Tapi cuba tengok map yang sama seperti gambar B ni.. lebih smooth, tiada kesan pixel.



Baru nampak cantik sikit map tu. Kesan pixel tu berlaku sebab struktur data raster terdiri dari pixel-pixel atau disebut sebagai cell. Setiap data raster mengandungi himpunan cell-cell dalam baris (row) dan juga lajur (column).



Tapi walaupun struktur data raster terdiri dari cell-cell, kesan cell pada data tersebut boleh kita hilangkan untuk tujuan agar paparan lebih menarik. Maksudnya di sini, bukanlah kita mengubah atau hilangkan nilai data dalam setiap cell tersebut, tapi hanya hilangkan bentuk cell tu saja untuk paparan map yang lebih cantik.



So macamana caranya? Mudah saja, hanya beberapa step saja anda perlu buat. Mula-mula double click layer raster anda tu dalam Table Of Contents ArcMap untuk dapatkan dialog Layer Properties. Kemudian buat step di bawah.


Penerangan gambar :-
  1. Pada dialog Layer Properties, klik tab Display.
  2. Tukarkan setting Resample kepada Bilinear Interpolation (for continuous data).
  3. Klik OK.


Hasilnya, kesan pixel atau cell akan dihilangkan pada data raster anda. Selamat mencuba.

ps : Kami ada menawarkan Kursus Asas GIS pada 26-27 Februari ini. Untuk mendaftar dan info lanjut, klik link DI SINI.  :)



Thursday, 10 January 2019

Kursus Asas GIS Februari 2019 ... Jom Daftar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)


Untuk 2019 ni, kami akan mulakan kursus asas GIS bermula Februari ni. Jom booking cepat kursus GIS ni, jangan tunggu last minit. Kursus ni sesuai untuk anda yang zero knowledge GIS, ataupun mungkin pernah hands-on guna mana-mana perisian GIS, tapi nak tahu dengan lebih terperinci atau nak berguru dengan trainer yang berpengalaman menggunakan ArcGIS.



APA YG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI NANTI?

1) Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS

2) Memahami struktur data GIS (layer, spatial, atribut dll)

3) Penggunaan symbology pada layer

4) Prinsip asas sistem koordinat (Cassini, RSO, GDM2000, WGS84)

5) Integrasi maklumat (Hyperlink / Join table / relate)

6) Carian Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)

7) Asas penyuntingan data

8 ) Kaedah melaksanakan georeferencing

9) Merekabentuk dan menghasilkan peta

Setiap topik ada hands on menggunakan LOCAL DATA. Laptop akan disediakan.

SIAPA YG PATUT HADIR???

- Individu yang tiada pengalaman GIS

- kakitangan yang ingin, akan atau sedang menggunakan teknologi GIS dalam kerja seharian.

- Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan GIS untuk tugasan, projek akhir dan juga kajian.

- Anda yang inginkan kursus GIS yang menggunakan contoh-contoh data hands-on Malaysia dan kajian kes khusus area di Malaysia.



LOKASI KURSUS

Arena Rozzaq Training Centre
313A – 213A Block 2
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam
(Berdekatan Giant, Stadium Shah Alam)



TARIKH

26 – 27 Februari 2019

YURAN PENDAFTARAN

Sektor awam/swasta : RM550/pax kecuali anda daftar dalam grup 3 orang atau lebih, dapat harga diskaun RM500/pax
Student IPTA/IPTS : RM450 / peserta.

Berminat? Suka? Hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com untuk maklumat lanjut