Thursday, 27 December 2018

Analisis Buffer Pelbagai Jarak

Dalam posting saya sebelum ni, saya ada bincangkan mengenai analisis Buffer. Lama benor dah posting tu, tahun 2013. Sedar tak sedar dah 5 tahun. Kebiasaannya orang akan buat analisis Buffer ni untuk create zon polygon berdasarkan jarak linear tertentu dari input data samada point, line atau polygon… seperti contoh gambar di bawah ni..



Sebelum ni, saya terangkan contoh nak create zon tu based on satu jarak tertentu saja, contoh run Buffer untuk semua line jalanraya untuk produce zon polygon 20m kiri kanan setiap jalan. Tapi mungkin timbul keperluan dimana anda nak create zon buffer utk sesuatu layer mengikut jarak yang berbeza-beza berdasarkan keperluan analisis tertentu. Contoh, mungkin anda nak bina zon buffer 100m di kiri kanan sungai utama manakala zon buffer 50m pulak untuk tributari sungai yang lain, seperti contoh di bawah ni.

Jarak zon buffer berbeza-beza mengikut tributari sungai

Contoh yang lain pulak, mungkin anda ada taburan point kes penyakit dan anda nak bina jarak zon pemantauan yang berbeza-beza berdasarkan kes penyakit tertentu.

Jarak zon pemantauan berbeza-beza mengikut kes penyakit.

Untuk bina zon buffer seperti ni, anda boleh gunakan option Distance – Field bila anda run tool Buffer. Toolnya masih sama, cuma anda pilih option Field masa nak masukkan Distance dalam dialog Buffer tu. Konsep Distance – Field ni seperti gambar di bawah ni…


Jadi maksudnya, sebelum guna option ni, anda kena readykan dulu satu field untuk simpan atribut jarak zon buffer. Maksudnya macam contoh layer sungai tadi, anda kena keyin dulu dalam table layer sungai untuk sungai utama, jarak zon 100m, dan sungai lain-lain jarak zon 50m… seperti contoh di bawah ni, saya masukkan atribut jarak zon buffer untuk setiap sungai dalam field Dist_Buff.

Masukkan jarak buffer untuk setiap feature

Untuk masukkan atribut jarak pulak, anda ada dua pilihan samada masukkan nombor sahaja atau nombor beserta unit. Sekiranya anda masukkan nombor jarak sahaja, ArcGIS akan anggap anda menggunakan nilai yang bersamaan dengan map unit. Maksudnya, jika layer sungai saya tadi dalam sistem koordinat RSO, atribut nombor yang saya masukkan akan mewakili unit meter.

Atribut nombor mewakili unit meter untuk data RSO

Fieldtype pula anda boleh bina samada Integer, Float, Double ataupun Text. Tapi kalau anda nak masukkan atribut nombor beserta unit (cth “5 kilometers”), fieldtype anda tu mestilah sebagai Text. Cuba lihat contoh table di bawah ni. Ketiga-tiga field tersebut mempunyai maksud yang sama walaupun berbeza fieldtype (Integer, Text).

Beberapa pilihan fieldtype dan syntax atribut jarak buffer

Oleh kerana dalam contoh ni, layer tu dalam RSO, jadi atribut dalam field Distance dan Distance2 mewakili unit meter. Sekiranya saya ingin meletak atribut nombor dalam kilometer, saya perlu bina satu field baru (Dist_Text) sebagai fieldtype Text dan letakkan word “Kilometers” dalam setiap atribut tersebut. Nama field tu sebenarnya anda boleh letak apa-apa nama saja ikut citarasa masing2.

So, bila semua atribut dalam field tu anda dah masukkan, run saja command buffer dan setkan field tadi dalam dialog Buffer seperti contoh di bawah ni. Kalau anda tak jelas macamana nak run command Buffer ni, rujuk semula post saya sebelum ni under topik Analisis Buffer.


Mudah saja… selamat mencuba… :)

p/s : Untuk anda yang berminat mendapatkan buku Tutorial ArcGIS Desktop, dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2. Klik link berikut untuk info lanjut :-
Info Jilid 1

Info Jilid 2