ArcToolbox adalah salah satu
framework yang disediakan dalam environment ArcGIS untuk buat geoprocessing
task. Kalau anda biasa gunakan ArcToolbox ni, mesti tau kan dalam tu ada
macam-macam toolbox dan tools yang kita boleh guna untuk data processing,
analisis dan macam-macam lagi. Walaupun ada macam-macam tool, tapi kebiasaannya
bukan semua tool pun yang kita selalu pakai. Mungkin hanya beberapa tool saja
yang kita kerap guna untuk buat kerja seharian. Kadang-kadang tu, disebabkan
banyak sangat tool, kita tak ingat tool yang kita nak guna tu duduk dalam
toolbox yang mana satu… almaklumlah guna tool pun sekali sekala je.
Cuba lihat contoh kedudukan tool
macam gambar di bawah ni.
Dalam contoh di atas, katakan
saya kerap gunakan tool Clip, Buffer, Append dan Slope dalam kerja harian saya.
Untuk gunakan keempat-empat tool tu, saya perlu cari dalam toolbox Analysis
Tools, Data Management Tools dan Spatial Analyst Tools. Walaupun kalau tak
ingat kedudukan tool, kita boleh gunakan kaedah Search tool dalam Search
Window, tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk groupkan kesemua tool
yang kita kerap guna, secara tak langsung nak cari tool-tool tu pun lebih cepat.
Contoh Search Window yang anda boleh gunakan untuk search tool. |
OK… sekarang saya akan tunjukkan
macamana kita nak customize toolbox kita supaya semua tool yang kerap kita
gunakan tu dikumpulkan dalam satu toolbox. Mula-mula, create dulu satu toolbox
seperti step di bawah ni.
Penerangan gambar :-
- Right click folder di mana anda nak create toolbox dan pilih New > Toolbox.
- Namakan toolbox yang baru dibina tadi. Dalam contoh ni, saya namakan toolbox sebagai My_Toolbox.
Setelah anda create toolbox tadi,
Copy saja tool-tool yang anda nak kumpulkan dan Paste ke dalam toolbox anda
create tadi, seperti contoh step di bawah ni.
Penerangan gambar :-
- Right click tool yang anda nak kumpulkan dan pilih Copy,
- Right click toolbox yang anda baru bina dan pilih Paste.
- Anda akan dapati tool tadi dah wujud dalam toolbox yang anda baru create tadi.
Setelah saya copy keempat-empat
tool tadi, toolbox saya akan kelihatan seperti di bawah ni :-
So lepas ni senang le, kalau saya
nak guna tool Append, Buffer, Clip dan Slope, saya cari je tool tu dalam
toolbox saya ni. Tak perlu saya tercari-cari dalam toolbox yang berlainan, so
menjimatkan masa dan toolbox saya pun nampak lebih simple dan mudah, hanya
fokus pada tool-tool yang saya selalu guna je dalam senarai toolbox.
ps : Dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2, buku tutorial ArcGIS Desktop terhangat di pasaran. Jika anda ingin lihat macamana isi kandungan buku ni, klik link ni utk preview buku.