“Alamak, data jauh lari tersasar lah. Katanya data ni dalam
RSO, tapi kenapa bila overlay dengan basemap RSO tak masuk pun?” Haaa pernah
tak dengar orang yang ada masalah macam ni, atau anda sendiri hadapi masalah macam
ni. Tak semesti masalah pada data RSO, tapi mungkin juga pada sistem koordinat
yang lain. Saya dapati ramai yang masih kurang jelas macamana cara untuk kita
troubleshoot problem macam ni sekiranya berlaku. Apa step yang kita patut buat
untuk kenalpasti adakah betul data tersebut menggunakan sistem koordinat
seperti yang dinyatakan. Saya berikan contoh kes-kes berikut…
KES 1
Contohnya, katakan kita dapat satu data dari satu sumber dan
dinyatakan data tu menggunakan sistem koordinat WGS84. So kitapun masukkan data
tu dalam ArcMap dan cuba overlay dengan basemap WGS84 atau mungkin kita overlay
terus dengan basemap RSO sebab ArcMap support on-the-fly projection. Tapi lepas
kita overlay jauh lari data WGS84 yang kita test tu. So… adakah data tu memang
betul data dalam WGS84 atau sebenarnya dalam sistem koordinat lain?
|
Dalam spatial reference tulis data dalam WGS84, tapi kenapa bila overlay dengan basemap WGS84 tak masuk pun?? |
KES 2
Kes ni lagi parah. Anda dapat satu data tapi tak tahu
langsung data tu gunakan sistem koordinat apa, sebab mungkin data tu data lama atau mungkin dari
sumber yang anda pun dah tak boleh trace. Tak tau pulak data tu datang dari
agensi mana, siapa owner dan sebagainya, so tak boleh nak refer atau tanya pada
owner data untuk dapatkan info. Data tu pulak bila anda check Spatial
Reference, tak dinyatakan.
|
Alamak, sistem koordinat tak define plak dalam spatial reference. Macamana nak tau data ni dalam sistem koordinat apa?? |
Dari kedua-dua kes tadi, macamana
anda nak tentukan atau nak agak data tu kemungkinan dalam sistem koordinat apa?
Cara terbaik adalah cuba korek maklumat dari pembekal data tentang history data
tersebut. Kebiasaannya masalah data tersasar dari lokasi sebenar ni antaranya
:-
- Kesilapan define sistem koordinat. Contohnya data tu
sebenarnya dalam MRSO tapi disetkan sebagai GDM2000MRSO. Jadi ArcMap akan
translatekan koordinat MRSO tu kepada GDM semasa dipaparkan.
- Data yang diserahkan tu telah melalui beberapa proses
transformasi koordinat. Kemungkinan terdapat kesilapan semasa melaksanakan proses
tersebut, contohnya tak buat datum transformation, tak masukkan parameter yang
diperlukan dan sebagainya.
- Kadangkala penggunaan perisian GIS yang berbeza juga
mengubah beberapa parameter sistem koordinat dalam Spatial Reference ArcGIS
setelah proses data conversion dilakukan.
MENJANGKA SISTEM KOORDINAT BERDASARKAN JULAT KOORDINAT
Kalau takde maklumat yang anda
boleh perolehi tentang history data tu, satu lagi cara ialah anda mungkin boleh
agak sistem koordinat data tu based on julat koordinat yang dipapar pada data
tersebut. Ingat ye, ni main agak-agak je, mungkin betul mungkin tidak, macam
main teka-teki. Tapi kalau anda betul-betul arif tentang julat koordinat
sesuatu sistem koordinat, step ni boleh banyak membantu anda bila anda nak
troubleshoot masalah data-data yang tak masuk ni.
Bila anda papar layer dalam
ArcMap dan anda gerak-gerakkan cursor mouse dalam paparan Data View, koordinat
XY pada lokasi cursor mouse tu akan dipapar diruangan bawah belah kanan Window
ArcMap kan? Gambar bawah ni menunjukkan contoh ruangan paparan koordinat pada
Window ArcMap.
|
Paparan koordinat dapat dilihat di ruangan bawah window ArcMap bila mouse cursor digerakkan dalam map. |
Dengan meneliti nilai koordinat yang dipaparkan tu,
kadangkala anda boleh agak apakah sistem koordinat yang digunakan oleh data
tersebut. Tapi… anda kena familiar dululah julat koordinat yang digunapakai
oleh setiap sistem koordinat. Cuba lihat pula gambar di bawah ni. Kotak merah
tu anggaran kasar extent kawasan untuk cover Semenanjung Malaysia. Koordinat
yang dipaparkan pula adalah julat koordinat dalam WGS84 mewakili XMIN, YMIN,
XMAX dan YMAX.
|
Anggaran julat koordinat WGS84 Semenanjung Malaysia |
Jadi, kalau koordinat data anda dalam lingkungan julat yang
dinyatakan di atas, berkemungkinan data tu dalam sistem koordinat WGS84 area
Semenanjung Malaysia.
Lihat contoh gambar di bawah ni pulak. Data yang sama, area
yang sama, tapi kali ni dipaparkan dalam julat koordinat Kertau MRSO.
|
Anggaran julat koordinat Kertau MRSO Semenanjung Malaysia |
Dari gambar yang ditunjukkan,
anda boleh dapati nilai koordinat untuk MRSO lebih besar berbanding nilai
koordinat WGS84. Jadi, jika koordinat data Semenanjung Malaysia anda mempunyai
nilai X=180000, Y=300000, tak mungkin data tu dalam sistem koordinat WGS84..
sebabnya nilai maksimum X untuk data WGS84 area Semenanjung Malaysia dalam
lingkungan 104 sahaja, terlalu kecil. Itulah yang saya maksudkan dengan melihat
julat koordinat, anda boleh mengagak sistem koordinat yang digunakan.
|
Tak mungkin koordinat dalam WGS84 sebab dah melebihi julat koordinat |
Setelah anda dapat menjangka apa
sistem koordinat yang digunakan oleh data tu, barulah anda overlay data tu dengan
basemap yang bersesuaian untuk double confirm betulkah sistem koordinat yang
anda agak tu. Maksudnya, kalau anda agak data tu dalam WGS84, cuba overlay
dengan basemap WGS84. Kalau anda agak data tu dalam MRSO, cuba overlay dengan
basemap MRSO dan begitulah seterusnya.
Untuk data Cassini pulak, julat
koordinatnya berbeza-beza sebab data Cassini ni menggunakan parameter
berbeza-beza mengikut negeri. Gambar di bawah ni adalah gambaran extent data
Cassini mengikut negeri.
|
Parameter sistem koordinat Cassini berbeza-beza
mengikut negeri |
Jadual di bawah ni adalah anggaran julat koordinat Cassini
untuk setiap negeri. Ni anggaran saja ye, based on shape kotak yang saya draw kat
peta dalam gambar di atas tadi
|
Anggaran julat koordinat Cassini mengikut negeri |
Untuk julat koordinat Kertau MRSO, Timbalai BRSO, GDMMRSO
dan WGS84 pula adalah seperti jadual di bawah ni.
|
Anggaran julat koordinat RSO, WGS84 dan GDM2000MRSO |
Tujuan saya buat jadual ni adalah untuk anda buat semakan
awal dulu pada list koordinat data anda tu, adakah koordinat data anda tu
termasuk dalam mana-mana julat koordinat yang saya listkan dalam jadual tu. Contohnya,
katakan anda dapat satu data yang dinyatakan data tu dalam Cassini Perlis. Data
tu pulak bermasalah sebab bila overlay tak masuk dalam basemap Perlis. Cuba double check dengan
merujuk jadual saya sertakan tadi, betul ke koordinat dalam data tu dalam julat
XMIN= -59757.172, YMIN = 32036.867, XMAX = -28007.108 dan YMAX = 85615.10009
(Rujuk julat koordinat Cassini Perlis dalam jadual). Kalau koordinat data tu
diluar julat, memang confirm le data tu bukan Cassini Perlis. Tapi kalau di
dalam julat, haa yang ni susah sikit.. mungkin ada sebab-sebab lain.
OK harap anda semua faham apa yang saya cuba nak
sampaikan ni. Dalam bahagian seterusnya nanti, saya akan terangkan bagaimana kaedah yang betul untuk menguji data-data yang bermasalah ni dalam ArcMap setelah anda dapat mengagak sistem koordinat yang digunakan.
Tungguuu....
ps : Dapatkan buku SukaGIS yang masih berada dipasaran. Klik link ni untuk maklumat lanjut...