Thursday, 27 December 2018

Analisis Buffer Pelbagai Jarak

Dalam posting saya sebelum ni, saya ada bincangkan mengenai analisis Buffer. Lama benor dah posting tu, tahun 2013. Sedar tak sedar dah 5 tahun. Kebiasaannya orang akan buat analisis Buffer ni untuk create zon polygon berdasarkan jarak linear tertentu dari input data samada point, line atau polygon… seperti contoh gambar di bawah ni..



Sebelum ni, saya terangkan contoh nak create zon tu based on satu jarak tertentu saja, contoh run Buffer untuk semua line jalanraya untuk produce zon polygon 20m kiri kanan setiap jalan. Tapi mungkin timbul keperluan dimana anda nak create zon buffer utk sesuatu layer mengikut jarak yang berbeza-beza berdasarkan keperluan analisis tertentu. Contoh, mungkin anda nak bina zon buffer 100m di kiri kanan sungai utama manakala zon buffer 50m pulak untuk tributari sungai yang lain, seperti contoh di bawah ni.

Jarak zon buffer berbeza-beza mengikut tributari sungai

Contoh yang lain pulak, mungkin anda ada taburan point kes penyakit dan anda nak bina jarak zon pemantauan yang berbeza-beza berdasarkan kes penyakit tertentu.

Jarak zon pemantauan berbeza-beza mengikut kes penyakit.

Untuk bina zon buffer seperti ni, anda boleh gunakan option Distance – Field bila anda run tool Buffer. Toolnya masih sama, cuma anda pilih option Field masa nak masukkan Distance dalam dialog Buffer tu. Konsep Distance – Field ni seperti gambar di bawah ni…


Jadi maksudnya, sebelum guna option ni, anda kena readykan dulu satu field untuk simpan atribut jarak zon buffer. Maksudnya macam contoh layer sungai tadi, anda kena keyin dulu dalam table layer sungai untuk sungai utama, jarak zon 100m, dan sungai lain-lain jarak zon 50m… seperti contoh di bawah ni, saya masukkan atribut jarak zon buffer untuk setiap sungai dalam field Dist_Buff.

Masukkan jarak buffer untuk setiap feature

Untuk masukkan atribut jarak pulak, anda ada dua pilihan samada masukkan nombor sahaja atau nombor beserta unit. Sekiranya anda masukkan nombor jarak sahaja, ArcGIS akan anggap anda menggunakan nilai yang bersamaan dengan map unit. Maksudnya, jika layer sungai saya tadi dalam sistem koordinat RSO, atribut nombor yang saya masukkan akan mewakili unit meter.

Atribut nombor mewakili unit meter untuk data RSO

Fieldtype pula anda boleh bina samada Integer, Float, Double ataupun Text. Tapi kalau anda nak masukkan atribut nombor beserta unit (cth “5 kilometers”), fieldtype anda tu mestilah sebagai Text. Cuba lihat contoh table di bawah ni. Ketiga-tiga field tersebut mempunyai maksud yang sama walaupun berbeza fieldtype (Integer, Text).

Beberapa pilihan fieldtype dan syntax atribut jarak buffer

Oleh kerana dalam contoh ni, layer tu dalam RSO, jadi atribut dalam field Distance dan Distance2 mewakili unit meter. Sekiranya saya ingin meletak atribut nombor dalam kilometer, saya perlu bina satu field baru (Dist_Text) sebagai fieldtype Text dan letakkan word “Kilometers” dalam setiap atribut tersebut. Nama field tu sebenarnya anda boleh letak apa-apa nama saja ikut citarasa masing2.

So, bila semua atribut dalam field tu anda dah masukkan, run saja command buffer dan setkan field tadi dalam dialog Buffer seperti contoh di bawah ni. Kalau anda tak jelas macamana nak run command Buffer ni, rujuk semula post saya sebelum ni under topik Analisis Buffer.


Mudah saja… selamat mencuba… :)

p/s : Untuk anda yang berminat mendapatkan buku Tutorial ArcGIS Desktop, dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2. Klik link berikut untuk info lanjut :-
Info Jilid 1

Info Jilid 2

Thursday, 15 November 2018

Kursus-kursus GIS... Kongsi Ilmu

Semenjak dua menjak kebelakangan ni saya sibuk kendalikan beberapa siri kursus GIS di pelbagai agensi. Kebiasaannya hujung-hujung tahun ni memang banyak panggilan untuk kursus sebab nak habiskan bajet. Saya kongsikan sikit kat sini antara gambar-gambar kursus telah saya kendalikan antara bulan Oktober - November.

Kursus Pengenalan Geodatabase..
peserta dari pelbagai agensi

Kursus asas GIS utk PLANMalaysia@Pulau Pinang

Kursus asas GIS utk PLANMalaysia@Pulau Pinang

Kursus asas GIS.. Taliworks (Langkawi) sdn bhd

Kursus asas GIS.. Taliworks (Langkawi) sdn bhd

Kursus asas GIS... PLANMalaysia@Johor

Kursus asas GIS.. Politeknik Merlimau Melaka

Kursus asas GIS.. Politeknik Merlimau Melaka

Kursus asas GIS.. peserta dari pelbagai agensi

Thursday, 6 September 2018

Kursus Asas GIS Bulan November

Berita baik untuk anda yang mencari-cari kursus GIS.  Kursus asas GIS ditawarkan lagi pada bulan November ni. Jom booking cepat kursus GIS ni, jangan tunggu last minit, takut nanti melepas pulak. Kursus ni sesuai untuk anda yang zero knowledge GIS, ataupun mungkin pernah try2 guna ArcGIS, tapi nak tahu dengan lebih terperinci atau nak berguru dengan trainer yang berpengalaman menggunakan ArcGIS.



APA YG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI?
============================================
1) Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS
2) Memahami struktur data GIS (layer, spatial, atribut dll)
3) Penggunaan symbology pada layer
4) Prinsip asas sistem koordinat (Cassini, RSO, GDM2000, WGS84) dan macamana nak apply dalam ArcGIS
5) Integrasi maklumat (Hyperlink / Join table / relate)
6) Carian Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)
7) Asas penyuntingan data
8 ) Kaedah melaksanakan georeferencing
9) Merekabentuk peta
Setiap topik ada hands on menggunakan LOCAL DATA. Laptop akan disediakan.



SIAPA YG PATUT HADIR???
=======================
- Individu yang tiada pengalaman GIS
- kakitangan yang ingin, akan atau sedang menggunakan teknologi GIS dalam kerja seharian.
- Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan GIS untuk tugasan, projek akhir dan juga kajian.
- Anda yang inginkan kursus GIS yang menggunakan contoh-contoh data hands-on Malaysia dan kajian kes khusus area di Malaysia.



LOKASI KURSUS
===============
Arena Rozzaq Training Centre
313A – 213A Block 2
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam
(Berdekatan Giant, Stadium Shah Alam)

TARIKH
=======
14 – 15 November 2018

YURAN PENDAFTARAN
====================
Sektor awam/swasta : RM500/pax kecuali anda daftar dalam grup 3 orang atau lebih, dapat harga RM450/pax.
Student IPTA/IPTS : RM400 / peserta.
Sekiranya anda berminat, hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com

Monday, 27 August 2018

Customize Toolbox Anda

ArcToolbox adalah salah satu framework yang disediakan dalam environment ArcGIS untuk buat geoprocessing task. Kalau anda biasa gunakan ArcToolbox ni, mesti tau kan dalam tu ada macam-macam toolbox dan tools yang kita boleh guna untuk data processing, analisis dan macam-macam lagi. Walaupun ada macam-macam tool, tapi kebiasaannya bukan semua tool pun yang kita selalu pakai. Mungkin hanya beberapa tool saja yang kita kerap guna untuk buat kerja seharian. Kadang-kadang tu, disebabkan banyak sangat tool, kita tak ingat tool yang kita nak guna tu duduk dalam toolbox yang mana satu… almaklumlah guna tool pun sekali sekala je.

Cuba lihat contoh kedudukan tool macam gambar di bawah ni.


Dalam contoh di atas, katakan saya kerap gunakan tool Clip, Buffer, Append dan Slope dalam kerja harian saya. Untuk gunakan keempat-empat tool tu, saya perlu cari dalam toolbox Analysis Tools, Data Management Tools dan Spatial Analyst Tools. Walaupun kalau tak ingat kedudukan tool, kita boleh gunakan kaedah Search tool dalam Search Window, tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk groupkan kesemua tool yang kita kerap guna, secara tak langsung nak cari tool-tool tu pun lebih cepat.

Contoh Search Window yang anda boleh gunakan untuk search tool.


OK… sekarang saya akan tunjukkan macamana kita nak customize toolbox kita supaya semua tool yang kerap kita gunakan tu dikumpulkan dalam satu toolbox. Mula-mula, create dulu satu toolbox seperti step di bawah ni.


Penerangan gambar :-
  1. Right click folder di mana anda nak create toolbox dan pilih New > Toolbox.
  2. Namakan toolbox yang baru dibina tadi. Dalam contoh ni, saya namakan toolbox sebagai My_Toolbox.

Setelah anda create toolbox tadi, Copy saja tool-tool yang anda nak kumpulkan dan Paste ke dalam toolbox anda create tadi, seperti contoh step di bawah ni.



Penerangan gambar :-
  1. Right click tool yang anda nak kumpulkan dan pilih Copy,
  2. Right click toolbox yang anda baru bina dan pilih Paste.
  3. Anda akan dapati tool tadi dah wujud dalam toolbox yang anda baru create tadi.


Setelah saya copy keempat-empat tool tadi, toolbox saya akan kelihatan seperti di bawah ni :-


So lepas ni senang le, kalau saya nak guna tool Append, Buffer, Clip dan Slope, saya cari je tool tu dalam toolbox saya ni. Tak perlu saya tercari-cari dalam toolbox yang berlainan, so menjimatkan masa dan toolbox saya pun nampak lebih simple dan mudah, hanya fokus pada tool-tool yang saya selalu guna je dalam senarai toolbox.

Senang je kan? Selamat mencuba.

ps : Dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2, buku tutorial ArcGIS Desktop terhangat di pasaran. Jika anda ingin lihat macamana isi kandungan buku ni, klik link ni utk preview buku.

Thursday, 23 August 2018

Cara Mudah Membina Sempadan Inset Map


Untuk topik kali ni, saya akan kongsikan cara mudah bagaimana kalau anda nak bina sempadan inset map. Sebelum tu, tau tak apa makna inset map ni. Mungkin anda dah pernah buat inset map ni, cuma tak perasan map tu dipanggil inset map. Cuba lihat contoh-contoh map di bawah ni…



Kalau dilihat dalam contoh map tu, ada satu map besar atau kita panggil main map dan kemudian ada satu map kecil yang menunjukkan samada :-
  • kandungan detail kawasan yang di zoom in dari main map pada paparan skala besar (peta A) atau
  • lokasi spesifik kawasan yang dipaparkan di main map pada paparan skala kecil (peta B).


Map kecil ni lah yang dipanggil sebagai inset map. Tak kiralah samada inset map ni menunjukkan samada maksud peta A atau peta B di atas, tapi kalau anda lihat dalam salah satu map, mesti ada paparan sempadan kotak yang menunjukkan kawasan yang ingin di highlight.

Dulu2 masa nak buat sempadan kotak ni, saya sketch manually guna Drawing Tools dalam ArcMap. Rupa-rupanya, laaaa… ada kaedah auto untuk generate kotak ni dalam ArcMap. Gunakan Extent Indicators dalam Data Frame Properties. Kalau anda tak tahu Data Frame tu apa, rujuk ebook percuma saya tajuk “Mengenali Antaramuka ArcMap” di link sini. Sempadan kotak yang dijana pun akan lebih tepat berbanding kalau kita sketch manually. Cuba lihat contoh peta di bawah. Map besar menunjukkan Lembangan Sungai Terengganu. Sekarang saya nak paparkan di manakah lokasi lembangan tu di ruangan inset map peta Semenanjung.

Tiada sempadan kotak dalam inset map

Untuk create sempadan kotak dalam inset map tu, saya gunakan cara berikut ni :-






Penerangan gambar :-
  1. Right click Data Frame inset map dan pilih Properties… Dalam contoh ni, nama Data Frame inset map saya ialah Semenanjung.
  2. Klik tab Extent Indicators
  3. Klik nama Data Frame untuk main map. Dalam contoh ni, nama Data Frame main map saya ialah Lembangan Terengganu.
  4. Klik butang >>
  5. Untuk bina sempadan bentuk kotak, klik Use simple extent
  6. Klik OK.


Hasilnya, sempadan kotak menunjukkan lokasi data yang saya paparkan di main map akan dipaparkan dalam inset map. Kan mudah tu… :)

Sempadan kotak dibina secara auto dalam inset map

Dan yang bagusnya, kalau anda ubah extent di main map, contoh anda zoom in, zoom out atau pan kiri kanan, sempadan kotak di inset map juga akan berubah secara auto dan dinamik megikut perubahan extent di main map.

Perhatikan kedudukan dan skala sempadan kotak berubah-ubah
mengikut perubahan extent pada main map

Selamat mencuba.

p/s : Untuk anda yang berminat mendapatkan buku Tutorial ArcGIS Desktop, dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2. Klik link berikut untuk info lanjut :-
Info Jilid 1
Info Jilid 2

Thursday, 9 August 2018

Kursus Lanjutan GIS 8-9 Ogos

Hari ni selesai sudah kursus lanjutan GIS saya kendalikan di Shah Alam. Kursus ni dalam kategori level Advanced. Ada beberapa topik dalam buku SukaGIS Jilid 2 yang disentuh dalam kursus ni. Tapi kali ni peserta tak ramai, ada dua orang saja mendaftar... ada yang cancel tak dapat hadir kerana kekangan tertentu. Yang hadir adalah seorang student PHD dari UTM dan seorang student yang baru grade degree dari UIA.

Semoga ilmu yang dikongsi dalan kursus ini dapat membantu anda yang hadir.






Kursus Asas GIS 6-7 Ogos

Baru-baru ni kursus asas GIS telah dijalankan di Laman Seri Business Park Shah Alam. Seramai 7 peserta telah mendaftar terdiri dari :-
  1. Bahagian Bekalan Air (3 peserta)
  2. UKM (1 peserta)
  3. JKR Geoteknik (1 peserta)
  4. MBSA (1 peserta)
  5. Syarikat Perunding (1 peserta)
Semua peserta diberikan buku SukaGIS Jilid 1 secara percuma. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk peserta semua.








Friday, 27 July 2018

Kursus ArcGIS Advanced di PLANMalaysia Pulau Pinang

Baru saja saya selesai kendalikan kursus ArcGIS Advanced di Penang untuk PLANMalaysia Pulau Pinang atau nama lamanya JPBD Pulau Pinang. Terdapat beberapa topik yang telah saya kongsikan kepada peserta tapi topik Geodatabase Subtype Domain, Topology Rules dan bina Map Book nampaknya menarik perhatian peserta, sebab banyak berkait rapat dengan kerja seharian mereka.

Dalam topik Subtype Domain, on the spot saya diminta test buat menggunakan real data dari mereka.. hasilnya, banyak dapat membantu mereka bila nak buat kerja-kerja updating data gunatanah nanti. Harap-harap ilmu-ilmu yang telah saya kongsikan tu memberi manfaat kepada mereka.

OK belanja gambar sikit..