Kalau saya tanya anda yang mana
satu lebih penting untuk anda, nak map yang cantik ke atau performance yang
cepat dan pantas? Tentu ramai akan jawab, kalau boleh nak dua-dua le.. ye tak?
Kadang-kadang ni pun antara benda yang dilema juga, kadang-kadang kita nak buat
symbology yang advanced, tapi bila zoom in zoom out jadi slow pulak.
Kadang-kadang tu data yang kita papar terlalu besar, atau terlalu banyak
feature, pun kadangkala boleh jadi slow.
Tapi tahukah anda ada beberapa
perkara dalam ArcMap ni yang kita boleh tune untuk elakkan paparan map jadi
slow? Haaa nak tahu? Di sini saya sharekan beberapa tips dan trick yang anda
boleh gunakan.
Scale Dependent Display
Kadangkala, sesuatu layer yang
kita paparkan mempunyai bilangan feature yang terlalu banyak hingga mengganggu
visual layer-layer yang lain. Contohnya dalam map yang saya papar kat bawah ni.
Simbol warna biru tu sebenarnya
layer sungai, tapi disebabkan line sungai tu terlalu banyak, dah nampak
seolah-olah macam polygon, sampaikan warna polygon sempadan daerah dan
jalanraya yang saya paparkan dalam map tu dah tak nampak. Dah lah layer tu
ganggu layer-layer yang lain dalam map, nak draw pun jadi lembab. Lagipun takde
maknanya kalau saya draw layer sungai tu secara keseluruhan sebab bukan nampak
pun garis sungai tu dengan jelas, dah jadi rapat-rapat macam color polygon.
Kalau saya zoom in lebih detail seperti map yang saya paparkan kat bawah ni,
barulah sungai tu nampak lebih jelas.
Jadi, buat apa kita nak draw
layer yang boleh menyebabkan paparan jadi slow jika maklumat yang dipapar pun
tak jelas, ye tak? Lebih elok kita draw layer tu pada paparan skala yang
bersesuaian sehingga maklumat nampak jelas. So, macamana nak draw layer kita
pada sesuatu skala yang kita nak? Caranya gunakan teknik Scale Dependent
Display.
Mula-mula Zoom In dulu sehingga anda rasakan paparan layer tu sesuai dan jelas dan tidak mengganggu layer-layer lain. Kemudian semak pada ruangan skala yang dipaparkan dalam standard toolbar ArcMap.
Dalam contoh di atas, paparan
yang bersesuaian apabila saya Zoom In map ialah 1 : 135,018. Jadi saya boleh
gunakan nilai skala yang ditunjukkan tu untuk set layer sungai saya supaya
hanya draw apabila skala sama atau kurang dari 135,018 (kalau nak cantik,
bundarkan le nombor tu, cth 1 : 135,000). Sekiranya saya zoom out melebihi
skala 1 : 135,000.. layer sungai saya tak akan dipaparkan. Caranya seperti
berikut :-
Penerangan gambar :-
- Dalam Table of Contents, double click layer yang anda nak setkan paparan skala untuk buka dialog Layer Properties.
- Klik tab General.
- Taipkan nilai skala kat ruangan Out beyond :
- Klik OK.
On/Off Layer Secara Manual
Satu lagi cara anda boleh try, on
off on off je layer tu kat Table of Contents. Maksudnya kalau anda rasa tak
perlu papar, anda off je layer tu dalam Table of Contents. Kalau perlu nak
tengok, baru anda on kan. Sebenarnya cara ni sama je macam teknik Scale
Dependent Display, bezanya anda papar dan tak papar secara manually. Macam
contoh gambar di bawah ni, saya lakukan tiga peringkat Zoom In pada map saya.
Bila sampai peringkat Zoom In ketiga, baru saya onkan layer sungai saya untuk
melihat paparan sungai.
Membina Basemap Layer
Satu lagi cara, anda boleh
letakkan layer anda yang lembab nak draw tu dalam Basemap Layer. Konsep Basemap
Layer ni seolah-olah sama macam Group Layer. Kalau anda tak pasti Group Layer
tu apa, topik tu ada saya explain dalam post saya sebelum ni di link sini. Cuma
bezanya, Basemap Layer ni kita bina khusus untuk paparkan layer dengan pantas.
Cuma anda kena take note, kalau anda letakkan layer anda dalam Basemap Layer
ni, ada beberapa limitation, antaranya anda tak boleh edit layer tu, dan banyak
properties pada layer tu yang anda tak boleh ubah seperti label, symbology dan
lain-lain. Maksudnya, sebelum jadikan layer tu sebagai Basemap Layer, anda
setkan dulu semua properties yang anda nak, symbol, label dll, kemudian baru
anda jadikan layer tu sebagai Basemap Layer.
Untuk bina Basemap Layer, follow
step ni :-
Penerangan gambar :-
- Dalam Table Of Contents, right click nama data frame dan pilih New Basemap Layer
- Namakan basemap anda.
- Drag layer yang yang anda nak jadikan sebagai Basemap Layer masuk ke dalam group Basemap Layer yang anda bina tadi.
Sekarang cuba test zoom in zoom
out map anda. Sepatutnya paparan jadi lebih pantas dari sebelumnya.
Aktifkan Feature Cache
Cara ni amat berguna terutamanya jika anda ada paparkan layer dari ArcSDE Geodatabase. Bila anda aktifkan feature cache ni, ArcMap akan temporary simpan feature yang anda paparkan dalam RAM komputer anda, jadi load pada network dan geodatabase akan dikurangkan. Cara nak aktifkan Feature Cache ni seperti berikut ni :-
Penerangan gambar :-
- Dalam Table Of Contents, double click nama data frame untuk buka Data Frame Properties.
- Klik tab Feature Cache
- Pada ruangan Auto-Cache, klik Automatically build cache when the current map extent changes dan klik OK.
OK… harap empat tips ni berguna untuk anda. Selamat mencuba.
terbaik.. mohon cikgu halalkan semua ilmu yg sy belajar.
ReplyDeletealhamdulillah.. moga ilmu bermanfaat :)
Delete