Saturday, 15 July 2017

Menganggar Laluan Tumpahan Pencemaran Melalui Analisis Steepest Path

Cuba perhatikan gambar di bawah. Katakan anda mendapat aduan terdapat kejadian pembuangan sisa toksik di lokasi X. Terdapat tiga sungai yang berhampiran di lokasi X tu, sungai A, sungai B dan sungai C.

Sungai manakah yang terlibat dari sisa
tumpahan toxic X??

Dari pemerhatian anda, agak-agaknya sisa tumpahan tu masuk ke sungai mana? Sungai A ke, sungai B ke sungai C? Pening juga nak tentukan dengan cara tengok peta je. Kalau turun site buat siasatan mungkin boleh membantu. Tapi sebenarnya dalam ArcGIS ni ada tool yang boleh membantu anda jangkakan tumpahan tu masuk ke sungai mana. Syaratnya kena ada 3 benda ni dulu :-
  1. Data surface DEM (raster, TIN, LAS dataset atau Terrain)
  2. 3D Analyst Extension
  3. Of course kena ada layer sungai

OK, bila dah memenuhi syarat-syarat tu, anda boleh gunakan tool yang dipanggil Steepest Path dalam 3D Analyst toolbar untuk create laluan aliran bermula dari titik lokasi X tu. Kaedah steepest path ni simple je, kita boleh bayangkan kalau kita lepaskan sebiji bola dari satu lokasi, kemanakah laluan bola tu akan bergerak? Sudah tentu laluan bola tu akan menuruni kawasan yang lebih rendah dan berhenti sekiranya terdapat halangan yang lebih tinggi atau curam.
   


Samalah juga dengan kes tumpahan sisa toksik tadi. Kita boleh bayangkan laluan sisa toksik tu sama mcm konsep laluan bola tadi.  Dengan menggunakan tool Steepest Path, laluan ni akan dibina sebagai line graphic. Macamana caranya? Masukkan dulu layer DEM dan layer sungai dalam ArcMap. Kemudian, follow step berikut :-




Keterangan gambar :-
  1. Buka dulu toolbar 3D Analyst
  2. Kalau dalam ArcMap anda ada beberapa data raster atau TIN atau LAS dataset atau Terrain yang anda masukkan, make sure anda setkan kepada data DEM yang bersesuaian.
  3. Klik butang Create Steepest Path
  4. Klik pada lokasi yang anda kehendaki. Laluan dalam bentuk garisan grafik akan dibina di atas peta.

Sisa tumpahan memasuki sungai A di
lokasi A2 walaupun berdekatan dengan A1

Jika anda lihat hasil analisis Steepest Path dalam contoh gambar di atas, bukan saja anda dapat tahu tumpahan tu masuk ke dalam sungai A, tapi anda juga boleh tahu anggaran tumpahan tu masuk di lokasi manakah di sungai A. Walaupun jarak terdekat dari sungai A adalah di A1, tetapi disebabkan laluan mengikut bentuk topografi DEM, ia memasuki sungai A pada lokasi A2.

Tapi kena ingat ye, ketepatan hasil analisis anda ni banyak bergantung pada ketepatan data DEM anda.