Topik kali ni agak menarik.
Sepanjang lebih kurang 20 tahun pengalaman saya involve dalam GIS data
processing, ni antara isu yang kerap dihadapi oleh user-user GIS. Berkenaan
dengan isu conversion data AutoCAD kepada data GIS. Kebiasaannya, banyak
company seperti company land surveyor atau consultant yang menyediakan plan
dalam format AutoCAD untuk serahan kepada klien. Kadangkala timbul isu dimana
klien tu dah ada sistem GIS dan dia nak integrate pulak plan AutoCAD tu kepada
sistem GIS. Sebelum nak buat proses convertion data AutoCAD, anda kena faham
betul-betul dulu struktur data AutoCAD dan macamana nak relatekan struktur data
tu dengan struktur data GIS. Cuba perhatikan struktur fail AutoCAD seperti di
bawah ni.
Struktur fail AutoCAD |
Dalam 1 fail AutoCad, akan
terdapat pecahan entiti Annotation, Multipatch, Point, Polygon dan Polyline.
Setiap entiti tu pulak ada pecahan lagi kepada Drawing Layers. Contohnya entiti
Polyline mungkin akan mengandungi Drawing Layer lot, jalanraya, kontur dan lain-lain.
Maksudnya ada banyak layer wujud dalam 1 fail CAD yang sama. Walaupun kita
nampak layernya asing-asing dalam Drawing Layers AutoCAD tu, tapi semua layer
tu wujud dalam 1 fail CAD yang sama. Ini berbeza plak dengan konsep layer GIS
sebab dalam GIS, kalau layer tu Polyline, kita selalunya akan maintain 1 featureclass
sahaja, contoh lot dalam 1 layer polyline, jalanraya plak dalam 1 layer
polyline yang lain dan macam tu lah seterusnya.
Apa yang saya cuba nak story kat
sini, bila anda nak convert data AutoCAD ke layer GIS, anda kena study dulu
nama-nama Drawing Layers dalam fail AutoCAD tu untuk tentukan layer mana yang
anda nak ambil untuk convert.
Kenalpasti nama Drawing Layer sebelum buat convertion |
Ok itu just selingan sikit intro
struktur data CAD. Sekarang kita cite skit tentang bab convertion. Memang
kebanyakan software GIS ada tools untuk convert data CAD kepada GIS, seperti
tool yang anda boleh dapati dalam ArctoolBox ArcGIS Desktop. Contoh macam tool
CAD to Geodatabase, atau anda boleh export layer CAD dalam Table of Contents
ArcMap menjadi layer GIS. Step convert guna kaedah export ni ada saya terangkan
dalam post sebelum ni, anda boleh rujuk link topik Convert CAD data ke GIS.
Tapi tool-tool ni akan convert one-to-one, point CAD jadi point GIS, polyline
CAD jadi polyline GIS, polygon CAD jadi polygon GIS, teks annotation CAD jadi
annotation Geodatabase atau point GIS.
On-to-One convertion |
Tapi kadangkala convertion tu
bukanlah straight forward, contoh…, anda nak convert lot dalam fail AutoCAD
jadi layer lot dalam GIS, tapi senario data anda seperti berikut :-
Fail CAD : layer lot dalam polyline, nombor lot dalam annotation
Layer GIS : layer lot dalam polygon, nombor lot nak letak dalam table
polygon.
Nombor lot dan sempadan lot dalam entiti berlainan di dalam fail AutoCAD (annotation / polyline) |
Anda nak bina lot polygon dari polyline CAD, tapi nombor lot datang dari Annotation CAD, so camana caranya??? |
Kebiasannya memang teks atribut
dalam fail AutoCAD ni diletakkan sebagai teks annotation. Kalau anda convert
direct polyline Drawing Layer lot dari fail CAD tu kepada layer polygon GIS,
bila anda klik info setiap lot nanti, tak akan ada info nombor lot, seperti
yang dipaparkan dalam gambar di bawah ni.
Sebab apa jadi macam tu?? Sebabnya
dalam CAD, nombor lot tu duduk dalam annotation, lot pulak anda convert dari
polyline. Kalau anda nak buat analisis carian lot dalam GIS, memang tak boleh lah
sebab nombor lot tak wujud dalam polygon.
So macamana cara yang sepatutnya
nak convert kalau ada kes data macam ni? Kat sini saya kongsi sikit teknik
macamana nak buat. Kaedahnya macam ni :-
- Convert CAD annotation kepada geodatabase annotation
- Convert geodatabase annotation kepada layer point
- Convert polyline lot dari AutoCad kepada layer lot polygon dan import atribut point layer ke dalam polygon
Convert CAD Annotation kepada Geodatabase Annotation
Mula-mula convert dulu teks
annotation dari fail AutoCAD menjadi geodatabase annotation. Follow step
berikut :-
Penerangan gambar :-
- Dalam ArctoolBox, klik tool Conversion Tools > To Geodatabase > Import CAD Annotation
- Masukkan annotation dari fail AutoCAD ke ruangan Input Features
- Namakan output geodatabase annotation feature class.
- Masukkan nilai Reference Scale. Nilai skala ini akan digunakan untuk menentukan saiz teks annotation semasa zoom in dan zoom out ArcMap. Oleh kerana tujuan saya convert annotation ni hanya untuk jadikan sebagai layer point, saya masuk je apa-apa nilai di ruangan ni.
- Klik OK.
Convert Geodatabase Annotation kepada Layer Point
Step ni akan menghasilkan layer
point yang mengandungi atribut dari annotation. Maksudnya nombor lot dan
lain-lain atribut dari annotation akan disimpan dalam layer point yang
dihasilkan nanti. Mungkin ada yang akan tanya, kenapa perlu convert dulu kepada
geodatabase annotation then baru convert ke point? Tak boleh ke convert terus
je dari CAD annotation menjadi point tanpa perlu convert jadi geodatabase
annotation dulu? Haaa… lepas saya buat testing testing, ada beza rupanya result
dua kaedah tu. Cuba perhatikan perbezaan result di bawah ni.
Kalau kita convert CAD annotation
terus kepada point, nampak macam lari sikit kedudukan point. Ada pulak
sesetengah lot tu ada 2 point dalam 1 lot. Oleh sebab dalam point tu ada
atribut nombor lot, jadi kelirulah kalau dalam 1 lot ada 2 point, nak ambil
atribut nombor lot dari point yang mana satu?? Nampak macam point tu lari sikit
offset ke kiri sebenarnya. Sebab tu point dari lot bersebelahan dah termasuk ke
dalam lot jiran di sebelah. Tapi kalau kita lihat point yang dihasilkan dari
geodatabase annotation, kedudukan pointnya cantik saja ditengah-tengah lot.
OK, dalam step sebelum tadi kita
dah dapat layer geodatabase annotation. Nak convert geodatabase annotation ni
kepada layer point, buat step di bawah ni. Anda perlukan license ArcGIS Desktop Advanced untuk run tool ni.
Penerangan gambar :-
- Dalam ArcToolbox, klik tool Data Management Tools > Features > Feature to Point
- Masukkan geodatabase annotation dalam ruangan Input Features.
- Namakan output point layer.
- Pastikan uncheck kotak Inside (optional)
- Klik OK.
Convert Polyline kepada Polygon dan Import Atribut Point
OK, sekarang kita dah ada layer
point yang dah ada atribut nombor lot. Next kita import atribut dari layer
point ni masuk ke dalam polygon lot. Maknanya kena create dulu le layer lot
polygon dari polyline AutoCAD tadi. Nak buat step ni perlukan license ArcGIS Desktop Advanced gak. Follow step berikut :-
Penerangan gambar :-
- Dalam ArcToolbox, klik tool Data Management Tools > Features > Feature to Polygon
- Masukkan polyline dari fail AutoCAD ke ruangan Input Features
- Namakan output polygon lot.
- Dalam ruangan Label Features, pilih layer point yang anda dah hasilkan sebelum tadi untuk import atribut point masuk ke dalam polygon.
- Klik OK.
OK selesai sudah proses. Bila
anda klik info dalam setiap lot, anda akan dapati ada atribut nombor lot dalam
polygon lot tu. Bila buka atribut table polygon pun anda akan nampak senarai
nombor lot dah dimasukkan dalam table.
p/s : Buku SukaGIS - Seronoknya Belajar ArcGIS (Jilid 1) telahpun berada di pasaran. Padat dengan kompilasi tutorial2. Hubungi 0193513770 untuk tempahan :) Klik link disini untuk info buku Jilid 1. Sekiranya anda inginkan info untuk buku Jilid 2, klik juga link disini.
Kami juga menawarkan kursus ArcGIS. Klik link sini untuk maklumat lanjut...
No comments:
Post a Comment