Friday, 1 December 2017

Tips : Memapar Simbol Garis Kontur Mengikut Kategori Sela

Untuk baca topik ni, anda kena familiar dengan konsep attribute query dahulu. Kalau tak familiar, saya cadangkan anda baca dulu post saya berkenaan attribute selection atau attribute query di link sini. Untuk yang dah faham berkenaan attribute selection, boleh baca cerita tak berapa seram seterusnya ni..

Cuba perhatikan gambar layer kontur di bawah. Layer kontur ni dipaparkan menggunakan simbol warna yang sama untuk setiap garis kontur. Anda boleh lihat di dalam table kontur tu mengandungi maklumat ketinggian kontur yang disimpan dalam field CLV.


Cuba perhatikan pula gambar layer kontur di bawah ni. Terdapat perbezaan warna simbol mengikut sela kontur. Kontur sela gandaan 100m (100, 200, 300, 400 dll) dipapar guna simbol warna coklat gelap dan lebih tebal berbanding kontur sela 20m yang dipapar guna simbol warna coklat muda.


Perbezaan simbol garis kontur mengikut sela

OK.. kalau anda nak buat simbol kontur mengikut perbezaan sela macam map kat atas ni, macamana caranya? Kalau anda dah baca e-book percuma topik teknik paparan simbol yang ada saya kongsikan sebelum ni, dalam e-book tu saya dah explain beberapa teknik nak simbolkan layer kita. Contoh ada teknik Categories, Quantities, Chart dan lain-lain. Kalau melihat dari contoh atribut dalam table kontur yang saya tunjuk dalam gambar tu, rasanya teknik apa yang sesuai kalau nak simbolkan kontur mengikut perbezaan sela 100m tu?

Sebenarnya takde teknik yang sesuai, sebab atribut dalam table tu tak cukup syarat lagi. Tapi kalau dalam table tu ada satu field yang mewakili satu atribut menunjukkan sela 100m dan satu lagi atribut menunjukkan sela selain 100m, kita boleh gunakan teknik simbol Categories untuk paparkan atribut kategori sela 100m sebagai satu simbol dan atribute kategori sela selain 100m sebagai satu simbol yang lain. Contohnya, kita boleh bina satu field CLASS dalam table tu, kemudian kita setkan semua kontur yang sela 100 sebagai CLASS = MAJOR dan sela selain 100 sebagai CLASS = MINOR seperti gambar di bawah ni.

Kelas kontur mengikut
kategori sela
OK jadi mula-mula kita kena bina field dulu lah dalam table kontur tu. Cara nak bina field senang je, buka je layer tu punya properties dalam Catalog, kemudian taip je nama field baru di ruangan kosong, seperti gambar di bawah ni.

Step terperinci berkenaan dengan membina field dalam table ni ada saya ceritakan dalam buku SukaGIS Jilid2. OK selesai sudah bina field CLASS, sekarang kita nak masukkan pula nilai MAJOR dan MINOR dalam field CLASS tadi.

Tapikan layer kontur ni selalunya kalau kita buka table dia, ada banyak sangat rekod, sebab terlalu banyak garis kontur. Kecualilah kalau project area anda tu keluasan yang kecik, mungkin tak banyak garis kontur. Tapi kalau ada beribu-ribu rekod dalam table kontur, macamana kita nak setkan atribut MAJOR dan MINOR tu? Takkan nak keyin satu-satu kot? Sampai malam tak habis..hehe. Satu cara yang anda boleh buat ialah gunakan teknik Field Calculator untuk calculate nilai sela kontur 100m sebagai MAJOR dan selebihnya sebagai MINOR. Maknanya kena buat attribute query dulu le dalam table tu.

Tapi kan, macamana ye cara nak buat attribute query untuk nilai kontur 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700 dan seterusnya tu? Ada ke cara yang mudah? Kalau guna operator OR (CLV = 100 OR CLV = 200 OR CLV = 300 ….. ) jadi berjela-jela le panjang query saya.
              Macamana nak query sela gandaan 100??                   
Lepas saya google2, ada satu forum discussion yang bagi tips macamana nak buat query untuk kes atribut macam ni. Caranya gunakan function MOD semasa query atribut tu. OK saya kongsikan kat sini syntax query tu. Dalam contoh ni, field dalam table saya yang simpan atribut ketinggian kontur tu  field CLV. Jadi untuk query kontur sela 100m, saya taip je syntax ni kat dialog Select by Attributes..

Mod("CLV", 100)=0




Hasil selection query tadi ditunjukkan macam gambar di bawah ni. Nampak tak semua atribut sela kontur gandaan 100m di highlight.

                                      

Next, kita akan setkan semua rekod yang dah select tadi sebagai CLASS = MAJOR. Caranya gunakan kaedah Field Calculator. Follow step berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Right click field CLASS dan pilih Field Calculator
  2. Taip “MAJOR” kat ruangan yang ditunjukkan
  3. Klik OK.

Hasilnya dapatlah seperti gambar di bawah ni.

                             

Selesai untuk part kontur sela 100m. Next macamana pulak nak setkan CLASS = MINOR untuk semua kontur selain sela 100m tu? Cara yang paling mudah, terbalikkan result selection tadi menggunakan butang Switch Selection kat table, seperti step di bawah.


Penerangan gambar :-
  1. Klik butang Switch Selection kat table. Anda kena pastikan masih dalam mod selection CLASS=MAJOR.
  2. Rekod sela kontur selain dari 100m akan di select.

Seterusnya, ulang saja step Field Calculator tadi, tapi kali ni setkan CLASS sebagai MINOR.
Bila complete semua rekod dah ada atribut MAJOR dan MINOR kontur, barulah kita boleh gunakan teknik simbol Categories untuk paparkan setiap kategori sela kontur tu pada simbol yang berbeza.


Kalau nak tahu macamana step nak buat simbol Categories ni, downloadlah e-book yang kongsikan tu ye kat link ni.


Sekian…selamat mencuba.

Sunday, 26 November 2017

E-Book Percuma

Di sini saya sediakan satu ruangan untuk anda download e-book secara percuma.  Topik-topik yang disediakan dalam e-book ni mengandungi topik-topik asas berkenaan penggunaan ArcGIS Desktop terutama aplikasi ArcMap. Ruangan ni akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Klik pada topik yang anda kehendaki di bawah ni untuk muat turun. Selamat download...


  1. Mengenali Antaramuka ArcMap
  2. Teknik Paparan Simbol Dalam ArcMap


Tuesday, 14 November 2017

Buku SukaGIS Jilid 2

Buku SukaGIS Jilid 2 telahpun berada di pasaran. Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok. Harga biasa RM50 Semenanjung, RM52 Sabah/Sarawak.. harga dah termasuk postage. Hubungi 0193513770 untuk tempahan.






Topik-topik dalam buku ni :-

1.  PENGENALAN
2.  PENGURUSAN DATA
Pengurusan Medan Data
Geodatabase Attachment
Editor Tracking - Mengenalpasti Siapakah dan Bilakah Tarikh/Masa Data Dikemaskini
Membina Group Layer
Map Package - Kaedah Mudah Nak Pindah/Kongsi Data
Pengurusan Layer Dalam TOC : Menyelesaikan Masalah “Broken Data Link”
3.  PEMPROSESAN DATA
Merge : Menggabungkan Feature Class
Mosaic : Menggabung Raster
Clip Raster Mengikut Bentuk Polygon
Photo Geotag – Tukar Gambar Foto Anda Kepada Layer Point
Extract Nilai Z Raster DEM Kepada Data Point
Membina Atribut Dari Teks Annotation Fail AutoCAD
Convert GIS Data ke CAD Format
Membina Data 3D Surface TIN
Menjana Data Centerline
Geoprocessing – Environment Settings
Batch Geoprocessing
4.  PENGANALISAAN DATA
Analisis Buffer
Analisis Geoprocessing Overlay : Intersect vs Union
Analisis Geoprocessing Overlay : Erase
Analisis Dissolve
Analisis Frequency
Spatial Join - Mengira Jumlah Point Di Dalam Setiap Polygon
Verifikasi Data Melalui Integrasi Google Street View dan ArcGIS Desktop
Interpolation
Analisis Kecerunan (Slope Analysis)
Mengira Jarak Terhampir – Point Distance
Permodelan Hidrologi (Hydrological Modelling
Pemetaan Dataran Banjir (Floodplain Mapping)
Penggunaan Dataset LIDAR Dalam ArcGIS
Analisis Model Kesesuaian (Weighted Overlay)
Kelebihan Model Builder
Mengukur Jarak Permukaan 3D (Surface Length)
     Analisis Tarah/Potong dan Timbus (Cut and Fill)

Sunday, 22 October 2017

4 Tips Menyediakan Fail MXD Untuk Tujuan Demo/Presentation

Anda nak present final project kat lecturer menggunakan ArcMap? Kena present progress projek kat client? Kena demo projek kat seminar? Selalunya bila nak present atau demo guna ArcMap ni, anda akan readykan dulu semuanya dalam satu MXD fail kan? Takkan bila time demo baru anda nak masukkan data satu persatu..ye tak? Di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan dalam menyediakan MXD fail supaya presentation anda menjadi lebih menarik dan mudah difahami audience.

1) Hasilkan paparan peta yang cantik

Lazimnya peta yang cantik akan menarik dan menangkap perhatian audience untuk menatap peta anda, seterusnya akan memberi perhatian pada presentation anda. Cantik di sini bermaksud pemilihan warna simbol yang menarik, saiz label teks yang bersesuaian dan lain-lain. Kalau peta anda nampak suram saja, lama-lama mata audience pun akan kuyu. Cuba lihat peta A dan B kat bawah ni, yang mana lebih menarik? Nampak macam peta B lebih menarik. Penggunaan simbol pada peta B lebih jelas, saiz teks label yang sedang-sedang, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, ditambah pula dengan penggunaan layer hillshading yang menampakkan effect 3D.



Pastikan juga warna simbol yang anda pilih tidak mengelirukan audience anda. Contohnya dalam penghasilan peta cerun, lazimnya kawasan berkecerunan tinggi digambarkan simbol warna merah manakala berkecerunan landai digambarkan simbol warna hijau. Kalau anda pilih warna yang terbalik, audience akan salah tafsir peta anda.

2) Pastikan Table of Contents (TOC) Jelas dan Tersusun

Walaupun kadangkala anda rasa part ni tak berapa penting (asalkan anda sorang je tahu dah cukup sebab anda yang akan on/off layer kat TOC tu masa demo), tapi kadangkala audience juga nak rujuk apa layer yang anda letakkan di TOC tu. Jadi, pastikan layer-layer yang anda letak dalam TOC tu teksnya jelas dan susunannya teratur. Namakan layer anda mengikut kesesuaian apa maklumat yang nak digambarkan pada layer tersebut. Contohnya jika anda paparkan layer dari shapefile landuse.shp yang menggambarkan pecahan simbol kategori zon gunatanah, adalah lebih elok anda namakan layer tu dalam TOC sebagai “Zon Gunatanah” berbanding nama “landuse.shp”.. seperti gambar B di bawah.



Jika senarai layer dalam TOC anda boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan data, anda juga boleh gunakan teknik Group Layer supaya susunan layer dalam TOC nampak lebih kemas. Topik berkenaan Group Layer ada saya bincangkan di link sini.



Cuba elakkan juga menggunakan nama default physical layer di dalam TOC kerana ia mungkin menyukarkan audience memahami apa maksud data yang dipaparkan.  Sebaiknya rename semula nama layer tu mengikut kesesuaian data bila anda dah masukkan ke dalam TOC. Saya bagi contoh..   antara nama  “LocAuthArea” dan “Local Authority Area”, yang mana satu lebih mudah anda faham?   Antara nama “DistCovAdmin” dan “District Coverage Administrative”, yang mana satu lebih mudah anda faham?  So..fikirkan nama layer yang sesuai dalam TOC supaya memudahkan audience memahami data anda.



3) Papar Data Mengikut Skala Bersesuaian

Kadangkala jika semua maklumat anda nak paparkan, peta anda jadi terlalu padat atau crowded dan mengganggu visual antara satu layer dengan layer yang lain. Contohnya, bayangkan anda papar polygon lot atau garis kontur keseluruhan extent Selangor. Atau bayangkan anda papar garisan sungai pada extent skala yang tak bersesuaian sehingga garis sungai pun jadi terlalu padat kerana terlalu rapat antara satu sama lain. Ni semua akan menyukarkan audience untuk membaca dan mentafsir peta anda.



Paparan teks label pada skala yang tak sesuai pula akan mengelirukan audience untuk menentukan apa sebenarnya yang anda nak labelkan. Contohnya cuba lihat peta di bawah ni. 



Terdapat paparan label nama sungai, tapi disebabkan garis sungai pun terlalu padat pada extent tersebut, macamana audience nak tahu setiap label teks nama sungai tu merujuk pada garis sungai yang mana satu, sebab garisan sungai yang terlalu rapat.
Cara yang terbaik ialah kawal paparan feature dan label teks pada layer menggunakan teknik Scale Dependent Display. Teknik ni ada saya sentuh dalam topik "Tips Jadikan Paparan ArcMap Pantas" di link sini. Sekiranya anda ada banyak layer yang taburannya padat, anda perlu plan pada skala berapakah yang anda nak paparkan untuk setiap layer, begitu juga dengan paparan label. 



4) Gunakan Bookmark

Readykan setiap kawasan yang anda nak highlight di dalam presentation atau demo anda di dalam satu Bookmark. Ini nak mengelakkan anda lupa atau tercari-cari kawasan yang anda nak tunjukkan semasa presentation nanti. Maklumlah, tetiba datang time gelabah atau nervous masa present, mulalah dah lupa apa nak tunjukkan. Audience selalunya tak suka tertunggu-tunggu. At least bila semua dah tersusun dalam Bookmark, presentation anda akan jadi lebih smooth dan kuranglah sikit perasaan panik anda tu..haha. 



Penerangan lanjut tentang Bookmark dan cara macamana nak create Bookmark ni ada saya ceritakan di link sini.

OK selebihnya tu bergantung pada skill anda lah macamana anda nak goreng masa present. Jangan sampai hangus berasap sudah. Kadangkala tak semestinya semuanya anda kena present guna ArcMap, mungkin anda boleh kombinasikan bersama powerpoint slide presentation, mengikut kreativiti anda. 

Harap-harap tips yang saya kongsikan ni memberi manfaat kepada anda semua.

Saturday, 30 September 2017

Asas Operasi Penyuntingan Data

Terdapat beberapa tutorial yang saya post sebelum ni yang ada kaitan dengan penyuntingan data atau data editing dalam ArcMap. Contohnya berkaitan tips pendigitan, pembetulan ralat overshoot dan undershoot, spatial adjustment dan lain-lain. Dalam tutorial tu, saya lebih fokuskan terus kepada kaedah penggunaan tool tertentu untuk betulkan ralat-ralat berkaitan. Bagi anda yang dah biasa atau dah ada basic dalam lakukan kerja-kerja editing dalam ArcMap mungkin tiada masalah. Tapi bagi anda yang baru pertama kali nak belajar kaedah editing dalam ArcMap ni, ada beberapa perkara asas yang anda perlu tahu dulu sebelum follow langkah-langkah yang saya tunjukkan dalam tutorial tu.

Ringkasnya, workflow penyuntingan data seperti gambarajah di bawah ni. Klik untuk besarkan gambar kalau tak jelas.



OK, kita go through satu persatu….

1 - Mulakan Sesi Penyuntingan
Sebelum boleh mulakan proses edit, kena mulakan dulu sesi penyuntingan. Macam nak bawak kereta la kan, kalau tak start enjin, camne nak jalan. Alamatnya drive buat bunyi enjin pakai mulut je la…haha. Nak mulakan sesi edit, senang je. Klik je Editor > Start Editing yang terletak dalam Editor Toolbar.



2 - Pilih Workspace
Jika dalam map anda ada layer yang terletak dalam pelbagai source, contohnya dalam folder berbeza atau geodatabase berbeza, anda kena pilih dulu nak edit dari source yang mana satu. Sekiranya ada data dalam source berbeza, ArcMap automatik akan papar dialog seperti di bawah ni lepas anda klik Start Editing.



Anda mempunyai dua pilihan. Nak klik dari senarai layer (A) boleh, nak klik dari source folder/geodatabase (B) pun boleh.

3 - Pilih Layer Dalam Dialog Create Features
Step ni depend. Ada sesetengah operasi edit yang perlukan anda pilih layer dulu dari dalam dialog Create Features ni. Contohnya nak buat pendigitan, kena pilih dulu layer apa nak digit dari dalam dialog Create Features. Ada juga operasi yang tak payah pilih layer dari dialog Create Features ni, contoh nak buat Spatial Adjustment. Bila anda klik je Start Editing, dialog Create Features ni sepatutnya akan automatik buka di posisi kanan ArcMap, berdekatan Catalog Window.

Kedudukan posisi default dialog Create Features


Tapi kalau dialog ni tak keluar lepas klik Start Editing, klik saja button Create Features di Editor Toolbar.




4 - Tentukan Properties dan Option
Sesetengah proses edit yang anda nak buat perlukan anda set beberapa properties untuk memudahkan proses edit tu. Contohnya jika anda nak buat pendigitan dan nak make sure starting point pendigitan anda tu snap dengan existing feature, lebih mudah kalau anda set dulu option snapping sebelum digit. Kalau nak buat topological edit pulak, anda kena set dulu layer apa yang terlibat dalam topology di Map Topology toolbar atau guna Geodatabase Topology Rules. Kalau nak buat Spatial Adjustment pulak, kena set layer apa yang anda nak adjust. Ringkasnya, apa yang anda nak edit akan menentukan apa properties atau option yang anda perlu set. Berbeza kaedah edit, berbeza properties yang mungkin anda kena set.

Antara properties dan option yang boleh anda set


5 - Bina Atau Edit Feature
OK, lepas tu barulah anda mulakan penyuntingan, nak digit ke, nak adjust ke, nak clean data ke atau nak gunakan mana-mana tool penyuntingan yang terdapat dalam ArcMap tu.



6 - Bina Atau Edit Atribut
Kadangkala mungkin anda nak masukkan atribut pulak lepas buat pendigitan, atau mungkin nak ubah atau nak betulkan atribut sedia ada. Caranya, select dulu feature yang anda nak masuk atau ubah atribut, kemudian klik saja butang Attributes di Editor Toolbar.



7 - Save
Haaa… jangan lupa pulak Save kerja-kerja edit anda tu. Kalau tak nanti penat je dah buat banyak-banyak tak save. Tapi jangan pulak tersilap tekan button Save. Jangan klik menu File > Save atau tekan butang gambar disket sebelah butang print tu. Yang tu untuk save fail MXD anda. Untuk save kerja-kerja edit, anda kena klik dekat Editor > Save Edits di Editor Toolbar.



Dan satu lagi, amalkan kerap klik butang Save Edits setiap kali anda rasa dah banyak buat proses edit. Bukan apa, manalah tau tetiba komputer hang ke, power failure ke, at least kerja dah save..sebabnya ArcMap ni bukannya ada fungsi Autosave macam microsoft word, powerpoint or seumpamanya.
Bila semua kerja-kerja edit dah selesai dan dah save, tamatkan proses edit dengan klik Editor > Stop Editing di Editor Toolbar.



OK, selesai satu proses workflow edit.  Harap membantu untuk anda yang baru nak start belajar edit data ni.

Friday, 22 September 2017

Buku SukaGIS Jilid 2

InshaAllah buku SukaGIS Jilid 2 akan release sedikit masa lagi. Topik kali ni difokuskan pada Pengurusan Data, Pemprosesan Data dan Penganalisaan Data. Terdapat banyak topik-topik yang menarik, antaranya Permodelan Hidrologi, Pemetaan Banjir, Model Builder dan lain-lain.


So, tungguuuu... akan muncul di pasaran sedikit masa lagi. Untuk info lanjut, boleh follow update di FB SukaGIS atau email azlansr@gmail.com atau wasap 0193513770.  TQ




Tips Jadikan Paparan ArcMap Pantas

Kalau saya tanya anda yang mana satu lebih penting untuk anda, nak map yang cantik ke atau performance yang cepat dan pantas? Tentu ramai akan jawab, kalau boleh nak dua-dua le.. ye tak? Kadang-kadang ni pun antara benda yang dilema juga, kadang-kadang kita nak buat symbology yang advanced, tapi bila zoom in zoom out jadi slow pulak. Kadang-kadang tu data yang kita papar terlalu besar, atau terlalu banyak feature, pun kadangkala boleh jadi slow.

Tapi tahukah anda ada beberapa perkara dalam ArcMap ni yang kita boleh tune untuk elakkan paparan map jadi slow? Haaa nak tahu? Di sini saya sharekan beberapa tips dan trick yang anda boleh gunakan.

Scale Dependent Display
Kadangkala, sesuatu layer yang kita paparkan mempunyai bilangan feature yang terlalu banyak hingga mengganggu visual layer-layer yang lain. Contohnya dalam map yang saya papar kat bawah ni.



Simbol warna biru tu sebenarnya layer sungai, tapi disebabkan line sungai tu terlalu banyak, dah nampak seolah-olah macam polygon, sampaikan warna polygon sempadan daerah dan jalanraya yang saya paparkan dalam map tu dah tak nampak. Dah lah layer tu ganggu layer-layer yang lain dalam map, nak draw pun jadi lembab. Lagipun takde maknanya kalau saya draw layer sungai tu secara keseluruhan sebab bukan nampak pun garis sungai tu dengan jelas, dah jadi rapat-rapat macam color polygon. Kalau saya zoom in lebih detail seperti map yang saya paparkan kat bawah ni, barulah sungai tu nampak lebih jelas.



Jadi, buat apa kita nak draw layer yang boleh menyebabkan paparan jadi slow jika maklumat yang dipapar pun tak jelas, ye tak? Lebih elok kita draw layer tu pada paparan skala yang bersesuaian sehingga maklumat nampak jelas. So, macamana nak draw layer kita pada sesuatu skala yang kita nak? Caranya gunakan teknik Scale Dependent Display.

Mula-mula Zoom In dulu sehingga anda rasakan paparan layer tu sesuai dan jelas dan tidak mengganggu layer-layer lain. Kemudian semak pada ruangan skala yang dipaparkan dalam standard toolbar ArcMap.



Dalam contoh di atas, paparan yang bersesuaian apabila saya Zoom In map ialah 1 : 135,018. Jadi saya boleh gunakan nilai skala yang ditunjukkan tu untuk set layer sungai saya supaya hanya draw apabila skala sama atau kurang dari 135,018 (kalau nak cantik, bundarkan le nombor tu, cth 1 : 135,000). Sekiranya saya zoom out melebihi skala 1 : 135,000.. layer sungai saya tak akan dipaparkan. Caranya seperti berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam Table of Contents, double click layer yang anda nak setkan paparan skala untuk buka dialog Layer Properties.
  2. Klik tab General.
  3. Taipkan nilai skala kat ruangan Out beyond :
  4. Klik OK.
Hasilnya seperti gambar yang ditunjukkan di bawah ni. Pada paparan skala melebihi 135,000.. layer sungai tidak dipaparkan. Pada skala kurang dari 135,000 baru layer sungai muncul. Secara tak langsung, paparan map saya pun lebih cepat bila saya draw keseluruhan data pada skala melebihi 135,000.



On/Off Layer Secara Manual
Satu lagi cara anda boleh try, on off on off je layer tu kat Table of Contents. Maksudnya kalau anda rasa tak perlu papar, anda off je layer tu dalam Table of Contents. Kalau perlu nak tengok, baru anda on kan. Sebenarnya cara ni sama je macam teknik Scale Dependent Display, bezanya anda papar dan tak papar secara manually. Macam contoh gambar di bawah ni, saya lakukan tiga peringkat Zoom In pada map saya. Bila sampai peringkat Zoom In ketiga, baru saya onkan layer sungai saya untuk melihat paparan sungai.



Membina Basemap Layer
Satu lagi cara, anda boleh letakkan layer anda yang lembab nak draw tu dalam Basemap Layer. Konsep Basemap Layer ni seolah-olah sama macam Group Layer. Kalau anda tak pasti Group Layer tu apa, topik tu ada saya explain dalam post saya sebelum ni di link sini. Cuma bezanya, Basemap Layer ni kita bina khusus untuk paparkan layer dengan pantas. Cuma anda kena take note, kalau anda letakkan layer anda dalam Basemap Layer ni, ada beberapa limitation, antaranya anda tak boleh edit layer tu, dan banyak properties pada layer tu yang anda tak boleh ubah seperti label, symbology dan lain-lain. Maksudnya, sebelum jadikan layer tu sebagai Basemap Layer, anda setkan dulu semua properties yang anda nak, symbol, label dll, kemudian baru anda jadikan layer tu sebagai Basemap Layer.

Untuk bina Basemap Layer, follow step ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam Table Of Contents, right click nama data frame dan pilih New Basemap Layer
  2. Namakan basemap anda.
  3. Drag layer yang yang anda nak jadikan sebagai Basemap Layer masuk ke dalam group Basemap Layer yang anda bina tadi.


Sekarang cuba test zoom in zoom out map anda. Sepatutnya paparan jadi lebih pantas dari sebelumnya.

Aktifkan Feature Cache
Cara ni amat berguna terutamanya jika anda ada paparkan layer dari ArcSDE Geodatabase. Bila anda aktifkan feature cache ni, ArcMap akan temporary simpan feature yang anda paparkan dalam RAM komputer anda, jadi load pada network dan geodatabase akan dikurangkan. Cara nak aktifkan Feature Cache ni seperti berikut ni :-


Penerangan gambar :-
  1. Dalam Table Of Contents, double click nama data frame untuk buka Data Frame Properties.
  2. Klik tab Feature Cache
  3. Pada ruangan Auto-Cache, klik Automatically build cache when the current map extent changes dan klik OK.

OK… harap empat tips ni berguna untuk anda. Selamat mencuba.

p/s : Buku SukaGIS Jilid 2 akan release sedikit masa lagi. Tungguuuuu.... :)