Sebelum saya story dulu kegunaan analisis frequency ni, meh
saya bagi gambaran dulu senario ni. Katakan anda ada satu data yang ada atribut
yang dipecahkan dari kategori utama kepada beberapa sub kategori. Contohnya
anda ada satu layer gunatanah yang ada atribut kategori utama gunatanah semasa
dan dipecahkan pula kepada sub kategori aktiviti. Nak senang faham cuba lihat
table pada gambar di bawah ni.
Dari gambar di atas, anda dapati kategori Pertanian terdapat
beberapa pecahan sub kategori Kelapa Sawit, Getah, Tanaman-tanaman Lain etc.
Kediaman pula ada sub kategori Kampung dan mungkin beberapa kategori lain. Industri
ada sub kategori industri ringan, industri berat dll. Dan ada banyak lagi
kategori atribut di dalam tu. Sekarang ni katakan anda nak tahu pula untuk
setiap kategori, ada berapa kali kekerapan bilangan sub kategori (dalam kes ni berapa
banyak jumlah polygon sebab data polygon) dan maybe berapa keluasan untuk
setiap sub kategori tu. Contohnya anda nak tahu dalam kategori Pertanian, ada
berapa banyak kekerapan tanaman getah dan keluasan, berapa banyak tanaman
kelapa sawit dan keluasan, berapa banyak tanaman-tanaman lain dan juga
keluasannya.
Di sinilah tool Frequency boleh membantu. Tool ni akan
listkan unik atribut untuk field yang anda pilih bersama kekerapan bilangan
untuk atribut tersebut. Penggunaan tool ni agak straight forward, yang penting
anda kena faham dulu struktur table dan atribut yang anda nak analisis sebelum
gunakan tool ni… maksudnya anda kena tahu dulu field mana yang merujuk pada
kategori utama dan field mana pula yang merujuk kepada sub kategori.
OK, untuk buat analisis Frequency ni, follow step kat bawah
ni :-
Penerangan gambar :-
- Dalam ArcToolbox, klik Analysis Tools > Statistics > Frequency
- Pilih layer yang nak analisis atribut tu.
- Namakan output table. Nak senang save je dalam geodatabase.
- Pilih field kategori utama dan field sub kategori. Boleh pilih banyak field, tak semestinya dua field je.
- Pilih field yang nak digunakan untuk summarize. Field ni mestilah atribut nombor. Dalam kes ni saya nak summarizekan kepada keluasan, so saya pilih Shape_Area.
- Klik OK.
Hasilnya anda akan dapat table seperti di bawah ni :-
Satu field baru nama FREQUENCY akan diwujudkan dalam table
tu. Seperti dalam contoh gambar di atas, anda akan dapati output table yang
dihasilkan menunjukkan dalam kategori Pertanian, ada 377 kawasan penanaman
getah, 472 kawasan penanaman kelapa sawit dan 110 kawasan tanaman-tanaman lain.
Setiap kawasan penanaman tu pula anda dah boleh tahu jumlah keluasannya (field
Shape_Area).
Harap u all dapat idea sikit2.. Oops... sebelum terlupa, tool ni boleh run kalau anda ada license ArcGIS for Desktop Advance je (ArcInfo)... so kalau license Desktop Basic ngan Standard tool ni tak support.
No comments:
Post a Comment