Wednesday, 23 March 2016

Kursus ArcGIS : Pemprosesan dan Analisis GIS Data Cerun

Kursus ni telah berlangsung selama 3 hari (21 - 23 Mac 2016) di Laman Seri Business Park Shah Alam. Peserta adalah terdiri dari pegawai2 di JKR Cawangan Kejuruteraan Cerun. Konsep kursus lebih kepada on-job-training (OJT) dimana topik2 diubahsuai dan difokuskan kepada tugasan2 dan projek-projek berkaitan di cawangan cerun. Pelbagai source data yang terdapat di cawangan cerun digunakan untuk tujuan tutorial di dalam kursus ni, antaranya data LIDAR, vector shapefile, geodatabase dan juga data-data raster. Peserta didedahkan dengan pemprosesan data bermula dari data raw sehinggalah pada penghasilan output slope dan lain-lain melalui tool2 analisis di dalam ArcGIS Desktop.

Diharap ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua peserta. Kongsi gambar sikit. Seperti biasa gambar-gambar lain boleh jenguk di Facebook SukaGIS.

Overlay slope di atas google imagery

Surface profile analysis dari data point cloud LIDAR





Kursus ArcGIS : GIS Analysis Functions

Kursus pantas ni berlangsung selama 1 hari pada 17 Mac 2016 di Shah Alam. Kenapa dinamakan kursus pantas? Sebab topik2 dalam kursus ni saya gabungkan dari 2 kursus yang pernah saya conduct :-

  1. Working with ArcGIS Desktop 10
  2. Working with ArcGIS 3D & Spatial Analyst

Kalau diikutkan kedua-dua kursus ni dibuat selama 4-5 hari, tapi saya shortcutkan selama 1 hari saja..woww.. sebab tu pantas.  Tapi bukanlah semua topik yang dicover dalam kedua-dua kursus tu. Hanya beberapa topik yang berkaitan dengan analisis. 

Topik2 yang diambil (kotak merah) dari gabungan 2 kursus


Kursus ni dihadiri oleh peserta dari 2 syarikat : Alam Informasi Sdn Bhd dan Efinite Value Sdn Bhd.




Kursus ArcGIS Desktop : Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Kursus ni telah berlangsung pada 7 hingga 9 Mac 2016 di Hotel Zenith Kuantan. Silibus kursus merangkumi beberapa topik di dalam kursus ArcGIS Desktop dan juga topik2 di dalam kursus Geodatabase. Untuk memudahkan pemahaman peserta, tutorial kursus diubahsuai menggunakan contoh-contoh data PAIP.

Kongsi sedikit gambar-gambar kursus. Boleh juga rujuk pada facebook SukaGIS untuk gambar-gambar yang lain ... :)








Wednesday, 2 March 2016

Bengkel ArcGIS - Sistem Koordinat dan Transformasi Datum di Jabatan Pertanian

Bengkel ni berlangsung pada 2 Mac 2016 selama 1 hari di Jabatan Pertanian Putrajaya. Bengkel ni difokuskan kepada isus-isu berkaitan sistem koordinat dan antara topik yang disentuh :-

  • Konsep on-the-fly projection di dalam ArcMap
  • Permasalahan overlay data berbeza sistem koordinat
  • Menyelesaikan data sistem koordinat Unknown
  • Melaksanakan transformasi datum GDM2000 menggunakan 7 parameter
  • Melaksanakan georeferencing pada image
Kongsi sikit gambar kursus .. :)