Pernah tak dengar tool ni? ET GeoTools ni adalah koleksi
beberapa tool yang anda boleh guna dalam ArcGIS Desktop untuk membantu kerja2
editing anda. Agak bagus juga tool-tool yang terdapat dalam ET GeoTools ni.
Anda boleh download tool ni di website www.ian-ko.com
Lepas anda download tool ni, run je fail setup.exe untuk
installation. Agak mudah cara installation je, straight forward tekan je button
Next, Next. Lepas anda install tool ni, anda akan nampak 6 toolbar tambahan di
dalam ArcMap, nama toolbar tu :-
- ET GeoTools
- ET Attributes
- ET COGO
- ET Miscellaneous
- ET Graphics
- ET Indentify
Daripada 6 toolbar tu, saya nak kongsikan 1 tool yang
terdapat dalam ET GeoTools toolbar. Tool ni berfungsi untuk split polyline.
Sebenarnya kalau nak diikutkan, dalam Editor toolbar ArcMap sendiri dah ada
tool untuk split line, tapi yang bagusnya tool split dalam ET GeoTools ni ada
macam-macam option split yang boleh kita pilih. Ada 5 option split yang boleh
kita pilih mengikut kesesuaian :-
- Split Point : split pada lokasi yang kita klik di atas line
- Split Vertex : split pada vertex terhampir
- Split All Vertices : split line pada setiap vertex
- Split Middle : split di tengah-tengah line
- Split Distance : split mengikut jarak yang kita masukkan
Tool split di dalam toolbar ET GeoTools |
Cara penggunaannya mudah saja. Aktifkan dulu toolbar ET
GeoTools dalam ArcMap. Kemudian mulakan proses editing seperti step di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Pada toolbar Editor, klik Editor > Start Editing.
- Klik butang Create Features.
- Pada dialog Create Features, pilih layer polyline yang nak di split.
Lepas anda pilih layer dalam dialog Create Features tu, anda
akan nampak tool-tool dalam toolbar ET GeoTools tu diaktifkan. Pilih saja
option split mana yang anda nak guna dalam toolbar tu. Contohnya kalau nak
split line mengikut jarak yang dikehendaki, buat step berikut :-
Penerangan gambar :-
- Dalam toolbar ET GeoTools, klik tool Split Distance.
- Klik pada line yang anda nak split.
- Dialog Split At Distance akan dipaparkan. Masukkan jarak yang dikehendaki (Unit jarak merujuk pada sistem koordinat yang anda guna pada data). Lepas tu klik OK.
Anda akan dapati line yang anda klik tadi telah di split mengikut
jarak yang anda masukkan.
Selamat mencuba .. :)