Salam Aidil Fitri :) .. Dah lama juga SukaGIS tak bersiaran.
Mood nak menulis kureng sikit semenjak dua menjak ni. Idea nak menulis pun
kureng gak. Hari ni dapat pula satu idea nak kongsi … pasal Geoprocessing
Environment.
Kalau anda tengok dalam menu ArcMap, ada satu menu dipanggil
Geoprocessing. Bila anda klik menu tu pulak, anda akan jumpa Environments...
Bila anda klik Environments, dialog Environment Settings akan
dipaparkan. Fungsi dialog ni untuk anda buat beberapa setting sebelum nak run
tool geoprocessing, contohnya bila anda nak run tool-tool di dalam ArcToolBox.
Beberapa setting dalam dialog Environment Settings |
Ada banyak setting dalam dialog Environment Settings ni,
tapi saya tunjukkan sebahagian sahaja le, 2 setting yang selalu saya gunakan.
Processing Extent
Setting ni berguna bila anda nak produce output mengikut
extent area tertentu. Contohnya katakan anda nak run tool Slope dari source
data DEM Selangor, tapi slope yang anda nak generate mungkin mengikut zoom in area
tertentu sahaja, seperti gambar di bawah :-
Caranya mudah saja. Mula-mula Zoom In pada area yang anda
kehendaki. Kemudian buat step seperti di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Pada dialog Environment Settings, klik Processing Extent
- Pada pilihan Extent, pilih Same as Display. Ini bermaksud output yang dihasilkan akan mengikut Zoom In area yang anda tentukan.
- Klik OK.
Kemudian run tool Slope dari ArcToolbox. Anda akan dapati
output slope yang dihasilkan hanya merangkumi kawasan yang anda Zoom In.
Output slope mengikut zoom in area |
Raster Analysis – Mask
Setting ni berguna bila anda nak produce output raster mengikut
shape sempadan tertentu, seperti konsep Clip. Contohnya saya nak produce raster
Slope dalam sempadan daerah Gombak sahaja, seperti gambar di bawah :-
Mula-mula anda kena ada dulu data sempadan polygon, dalam
contoh saya ni, sempadan daerah Gombak. Take note, polygon saja ye, kalau data
polyline, tak jadi. Kemudian buat step seperti di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Pada dialog Environment Settings, klik Raster Analysis
- Pada pilihan Mask, pilih data sempadan polygon.
- Klik OK.
Kemudian bila saya run semula tool Slope, saya akan dapati
data slope yang dihasilkan seolah-olah di Clip mengikut shape sempadan Gombak.
(jika tiada output dihasilkan, periksa semula setting Processing Extent anda).
Output slope mengikut sempadan polygon |
Contoh yang saya tunjuk ni menggunakan tool Slope, tapi
sebenarnya Environment Settings ni anda boleh apply pada mana-mana tool dalam
ArcToolbox sebenarnya. Hopefully anda dapat idea sikit-sikit. Selamat mencuba.