Friday, 29 August 2014

Point, PointZ, Polyline, PolylineZ, Polygon, PolygonZ... Apakah Itu?

Lama betul saya tak bersiaran. OKlah, kali ni pilih topik yang santai.  Kita semua maklum struktur asas data vektor GIS terdiri dari geometri point, line dan polygon. Untuk data point, setiap koordinat XY akan disimpan dalam geometri setiap point, polyline dan polygon pula, koordinat XY akan terkandung dalam setiap vertex. Koordinat yang disimpan sebagai geometri bermaksud anda tak akan nampak nilai koordinat XY tu di dalam table.

Contoh field SHAPE dalam attribut table menyimpan geometri
Point dan Polyline


Dalam kata lain, data point, line dan polygon ni adalah data 2D (tiada nilai Z dalam geometri). Kalau anda define layer kontur contohnya sebagai polyline, layer kontur tu tetap sebagai data 2D walaupun dalam attribut table anda telah masukkan nilai ketinggian kontur untuk setiap garisan kontur. Tapi ini sebenarnya bukanlah satu kesalahan, sebenarnya bergantung pada tujuan untuk apa anda akan gunakan data anda tu. Data 2D yang ada nilai Z dalam table masih boleh kita gunakan untuk generate data 3D, contohnya data DEM TIN atau DEM raster.

Nilai Z disimpan sebagai attribut di dalam data geometri 2D


Sekiranya anda ingin supaya nilai Z disimpan sebagai geometri selain dari nilai XY, anda perlu define data anda samada sebagai PointZ, PolylineZ atau PolygonZ. Apabila data ini dipaparkan dalam aplikasi 3D, contohnya ArcScene, data tu akan dipaparkan secara 3D mengikut nilai Z yang disimpan dalam geometri tu. Contohnya, kalau data sungai anda ada nilai Z didalam geometri, anda akan melihat sungai dalam 3D dimana aliran sungai menurun dari bukit hingga ke kawasan lembah. Tapi syaratnya anda capture nilai Z lah dalam geometri tu. Kalau anda define data sebagai geometri 3D, tapi anda tak capture nilai Z, still sama je, data anda nmpak lah macam 2D flat.

Paparan 3D untuk data yang mengandungi geometri Z


OK, macamana untuk membina data PointZ, PolylineZ atau PolygonZ ni. Stepnya sama saja seperti anda create new shapefile atau create new geodatabase featureclass, cuma perbezaan ketara adalah anda perlu check pada ruangan Coordinates include Z values seperti gambar di bawah ni. Setelah anda check option tu, data anda automatik akan jadi PointZ, PolylineZ atau PolygonZ.

Klik option Coordinates include Z values akan menjadikan
data anda PointZ, PolylineZ atau PolygonZ


Bagaimana pula cara nak paparkan XYZ yang disimpan di dalam geometri? Anda boleh lakukan dalam mod Editing. Mulakan proses Start Editing pada data PointZ, PolylineZ atau PolygonZ tadi dan lakukan step seperti di bawah.

Edit Sketch Properties membolehkan nilai XYZ di dalam geometri
dipaparkan

Penerangan gambar :-
  1. Select pada point, line atau polygon yang ingin dipaparkan nilai XYZ.
  2. Right click dan pilih Edit vertices.
  3. Pada toolbar Edit Vertices, klik tool Sketch Properties
  4. Dialog Edit Sketch Properties akan dipaparkan menunjukkan geometri XYZ pada point, line atau polygon yang dipilih.
Untuk post ni, saya tak bincangkan bagaimana proses untuk capture atau digit nilai Z ke dalam geometri tu setelah kita define sebagai PointZ, PolylineZ atau PolygonZ. Di dalam ArcGIS contohnya, ada pelbagai kaedah nak buat step tu. Contohnya kita boleh extract Z dari data DEM dan pindahkan Z tu ke data vector geometri Z, dan beberapa kaedah lagi. Maybe next post saya akan terangkan.

Tungguuuuuuu....