Kadangkala bila anda overlay data-data dari pelbagai sumber,
mungkin anda akan dapati terdapat beberapa feature yang kedudukannya tidak selari
antara satu sama lain, seperti gambarajah di bawah ni :-
Garisan sempadan yang ditunjukkan oleh anak panah sepatutnya
selari dengan jalan raya berwarna merah. Masalah seperti ini wujud kebiasaannya disebabkan oleh
kesalahan pendigitan atau cerapan data pada skala dan sumber data yang berbeza.
Untuk membetulkan kesalahan data ini, proses suntingan data perlu dilakukan.
Dalam topik sebelum ni, saya ada tunjukkan teknik menggunakan tool Reshape Edge
untuk membetulkan data seperti ni. Terdapat satu lagi tool yang paling mudah
untuk anda cuba iaitu Align Edge Tool.
Tool ni terletak dalam Topology toolbar di dalam ArcMap.
Sebelum nak gunakan tool ni, anda kena create dulu Map Topology seperti di
bawah :-
Penerangan gambar :-
- Klik butang Select Topology pada Topology Toolbar
- Pilih Map Topology
- Pilih layer yang terlibat. Dalam contoh data saya ni, sempadan tanaman (Vegetation Agriculture_A) yang terlibat adalah selari dengan garisan jalanraya (T_Road_L). Jadi, saya aktifkan kedua-dua layer ni dalam Map Topology.
- Klik OK.
Kemudian, klik pada butang Align Edge tool. Bila anda
lalukan mouse cursor anda di atas layer yang anda telah aktifkan di dalam Map
Topology, anda akan dapati symbol pada layer tu akan bertukar kepada symbol
dash.
Cara penggunaan Align Edge tool ni mudah je. Hanya lakukan
dua steps seperti di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Klik pada lokasi data yang nak dibetulkan. Contohnya saya nak betulkan kedudukan sempadan tanaman, jadi saya klik di atas sempadan tanaman.
- Klik pada lokasi sasaran. Contohnya sempadan tanaman tu saya nak selarikan dengan jalanraya. Jadi sasaran layer saya ialah jalanraya.
Hasilnya sempadan tanaman saya diselaraskan selari dengan
kedudukan jalanraya. Anda juga boleh gunakan teknik ni untuk membetulkan
kesalahan gap pada data.
Selamat mencuba.