Wednesday, 19 February 2014

Kursus ArcSDE Multiuser Geodatabase di JUPEM Sabah

Minggu ni saya baru saja mengendalikan kursus ArcSDE Multiuser Geodatabase di JUPEM Sabah. Peserta terdiri dari gabungan JUPEM Sabah dan JUPEM Sarawak. Kursus ini juga merupakan di bawah projek Geospatial Data Acquisition System (GDAS). Objektif kursus adalah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai konsep multiuser editing di dalam persekitana ArcSDE Geodatabase. Antara topik yang disentuh adalah mengenai konsep versioning di dalam ArcSDE Geodatabase dan senario editing secara serentak oleh lebih seorang pengguna pada data yang sama.

Konsep versioning : pengguna melihat data yang sama
tetapi di dalam snapshot yang berbeza

Editing conflict berlaku jika lebih seorang pengguna
edit feature yang sama dalam satu transaksi edit






Memapar Data Format S-57

Satu hari seorang kenalan saya yang saya kenal melalui blog SukaGIS ni contact saya dan menyatakan hasrat untuk berkongsi tutorial yang telah beliau sediakan untuk dimasukkan ke dalam blog ni. Jawapan saya ... why not.. sharing is caring... hehehe.. 

So untuk topik kali ni, saya masukkan tutorial yang disediakan oleh beliau. Sebarang pertanyaan tentang topik ni bolehlah hubungi beliau di email kama.yus77@gmail.com

Tutorial: Mengimport data format S-57 kepada shapefile

Pernahkan anda mendengar S-57 format? S-57 format merupakan standard format yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Hidrografi SeDunia -International Hydrographic Organization (IHO). Format ini merupakan format rasmi bagi Pejabat Hidrografi di seluruh dunia dalam menghasilkan Carta Panduarah Elektronik (Electronic Navigational Chart) dan seterusnya dipaparkan dalam Electronic Chart Display and Information System (ECDIS) untuk panduarah pelayaran. S-57 format berfungsi merekodkan ciri-ciri pencartaan yang berkaitan bagi keselamatan panduarah seperti garisan pantai,kedalaman, boya, lampu suar dan sebagainya.

Carta Panduarah Elektronik 


Electronic Chart Display and Information System (ECDIS)

Untuk tutorial kali ini adalah untuk memaparkan S-57 data ke dalam ArcMap, terlebih dahulu dapatkan add-in tool esri-s57-viewer pada laman web www.esri.com dan muat turunkan data S-57 untuk kawasan Laut China Selatan pada laman sesawang http://scsenc.eahc.asia/



1.         Install add-in tool esri-s57-viewer dan masukkan data S-57 ke dalam ArcMap





Paparan 4 cell S-57 untuk kawasan Laut China Selatan


Pada Esri-s57-viewer toolbar, anda boleh membuat pilihan untuk menukar paparan skema warna mengikut kesesuaian dan juga pilhan untuk memaparkan fitur. Untuk makluman anda, S-52 merupakan salah satu piawaian yang dikeluarkan oleh IHO untuk paparan bersesuaian dengan keadaan kapal yang belayar tanpa mengira waktu (malam/siang).


Tetapan Esri-s57-viewertoolbar

Note on S-57
S-57 update files contain information on how to update a distributed S-57 base data file. The base files normally have the extension .000 while the update files have extensions like .001, .002 and so on. The S-57 reader will normally read and apply all updates files to the in memory version of the base file on the fly. The feature data provided to the application therefore includes all the updates
Untuk mengetahui S-57 katalog sila ke URL http://www.s-57.com/

Kita akan mengeksport layer berikut ke dalam format shape file.
·         SOUNDG – Sounding - Points
·         WRECKS – Wrecks – Points
·         LIGHTS – Light - Point
·         COALNE – Coastline – Lines
·         DEPCNT – Depth Contour - Lines
·         DEPARE – Depth Area – Polygon

1.         Pilih layer SOUNDG_P pada cell EA20001, klik sebelah kanan, Data – Export Data, pilih direktori untuk simpan dan namakan sebagai SOUNDG_1.shp. Lakukan langkah yang sama untuk cell EA20002, EA20003 dan EA20004.





Hasil eksport untuk layer SOUNDG dari 4 cell

Untuk paparan lebih informatif anda boleh paparkan basemap yang disediakan oleh ESRI.



2.         Langkah seterusnya adalah menyatukan semua layer SOUNDG menjadi satu dengan menggunakan Geoprocessing Tool-Merge








3.         Lakukan langkah 1 dan 2 untuk layer WRECKS,  LIGHTS , COALNE, DEPCNT dan DEPARE. 

Hasil MERGE
Shapefile untuk layer SOUNDG, WRECKS, LIGHTS, COALNE, DEPCNT dan DEPARE dari S-57 format

4. Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jumlah wreck yang berada di kawasan sempadan maritime Malaysia berdasarkan layer WRECK dari cell S-57 untuk perairan Laut China Selatan.
Data Terlibat: Malaysia.shp dan Wreck_merge.shp

Masukan layer Malaysia.shp dan Wreck_merge.shp ke dalam ArcMap dan lakukan clip geoprocessing. Clip adalah satu proses ‘extract’ dari input feature (layer wreck) yang di paparkan bersama dengan clip feature (Malaysia.shp).



Untuk mengetahui jumlah bilangan wreck di perairan Malaysia adalah dengan membuka AttributeTable pada layer WRECK_Clip


5.         Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jenis WRECK kategori dan jumlah bilangan kategori.


Berdasarkan Query di atas terdapat 5 jenis WRECK kategori termasuk kategori yang tidak dikenal pasti Berikut adalah attribute (Katagori WRECK) berdasarkan S-57 standard.



Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jumlah bilangan WRECK berdasarkan setiap kategori. Ulangi langkah yang sama untuk mengenal pasti kategori yang lain



6.         Membuat tetapan simbologi pada layer WRECKS dengan double klik layer pada Table of Contents (TOC)  windows, seterusnya pilih Categories-Unique values dan Add All Values.


Hasil selepas membuat  tetapan paparan Jenis wreck

7. Langkah seterusnya adalah membuat map layout, pada menu utama klik View, Layout View. Pastikan Layout toolbar telah diaktifkan dengan klik Customize, Toolbars, Layout.
Pada Layout toolbar button  , pilih USA tab dan pilih ConterminousUSA.mxd option dan klik finish. Selepas itu, double klik pada tajuk map dan taip Taburan Karaman di Perairan Malaysia dan klik OK.

Hasil map yang telah dibuat dan anda boleh mula cetak



Thursday, 6 February 2014

Kursus ArcGIS Desktop 10.2 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Lama betul tak update blog ni. Nak share sikit... saya baru selesai conduct kursus ArcGIS Desktop 10.2. Peserta kali ni dari Seksyen Epidemiologi dan Survelan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Latar belakang peserta terdiri dari pelbagai, ada yang fresh dalam ArcGIS dan ada juga yang pernah menggunakan ArcGIS. Kalau mengikut perancangan, kursus ini adalah sebagai asas persiapan untuk peserta menghadiri kursus lanjutan selepas ini.

Harap rajin2 lah practise ye lepas kursus ni..hehe