Wednesday, 30 October 2013

17th ESRI Malaysia User Conference

Untuk conference kali ni, saya berkesempatan jenguk sekejap je, tu pun half day hari ke 2, disebabkan kesibukan tugasan harian. So sempat la snap beberapa gambar .. paper presentation & workshop pun tak sempat nak attend. Yang penting dapat jumpa kawan-kawan lama, client-client especially yang jauh luar dari KL. Time macam ni je le sempat jumpa diaorg tukar-tukar fikiran, chit chat chit chat..  Dengar ceritanya participant tahun ni lebih kurang 500 orang yang register.




Workshop session

ArcGIS ModelBuilder session


ArcGIS Data Reviewer session



Orang kuat GDAS Jupem

Gang harimau malaya..team PLUS & UEM .. :)

Gang lama dari PeGIS Penang



Kalau anda nak tengok gambar-gambar conference tahun lepas, boleh jenguk kat link sini ..

Saturday, 12 October 2013

Kursus ArcGIS di JUPEM Sabah

Giliran Jabatan Ukur dan Pemetaan Sabah pula belajar ArcGIS Desktop. Terdapat beberapa siri kursus ArcGIS dikendalikan di sini di bawah projek Geospatial Data Acquisition System (GDAS). Part saya pula, hanya terlibat dalam mengendalikan kursus Building Geodatabase dan Editing With ArcGIS Desktop. So berkampung lah saya selama 5 hari di Kota Kinabalu.

Selama tempoh 5 hari tu, saya telah mendedahkan kepada peserta konsep asas geodatabase, elemen-elemen yang terdapat di dalam geodatabase, kelebihan geodatabase dari sudut storage dan editing, konsep geodatabase topology rules dan beberapa tips editing di dalam ArcGIS Desktop.

Diharap kursus ini akan dapat membantu peserta di dalam menghadapi persekitaran workflow yang baru apabila sistem sedia ada sekarang dinaik taraf ke persekitaran kerja ArcGIS kelak.


Hands-on



Exercise editing


Test auto repair overshoot undershoot error


Light camera action...


Cikgu pun nak posing gak






Jamuan doa selamat sikit


Sempat gak pekena ikan bakar fresh kat KK


Bapak udang