Di dalam post saya sebelum ni,
saya ada terangkan beberapa analisis di dalam GIS, antaranya proximity analysis
iaitu Buffer. Anda boleh rujuk topik tu di link sini. Secara ringkasnya, dalam
topik tu saya ada tunjukkan satu rajah workflow melibatkan analysis buffer dan
clip seperti gambar di bawah ni :-
Dalam contoh yang lepas, saya
tunjukkan kaedah menggunakan tool di dalam ArcToolbox untuk melaksanakan
analisis Buffer tu. Sebenarnya di dalam persekitaran ArcGIS, untuk menjalankan
tool geoprocessing, ada beberapa kaedah yang boleh kita pilih. Selain dari
menggunakan ArcToolbox, kita boleh gunakan pengaturcaraan Phyton dan juga
kaedah rajah Model Builder. Untuk topik kali ni, saya akan sentuh berkenaan
Model Builder. Apa sebenarnya Model Builder ni.
Cuba anda rujuk semula gambarajah
workflow Buffer dan Clip seperti saya tunjukkan kat atas tu. Sekarang cuba
bayangkan pula kalau kita boleh terus run analisis dari rajah workflow yang
kita dah lukis tu.. tentu lagi menarik dan lagi mudah kan? Tak perlu kita tercari-cari
tool dalam ArcToolbox dan tak perlu buat step-by-step Buffer, lepas tu nak buat
Clip pulak. Buka je gambar workflow, terus je run proses dari gambar workflow
tu.. kan menarik tu. Menjimatkan masa pulak tu. Itulah sebenarnya konsep Model
Builder dalam ArcGIS iaitu workflow kepada proses kerja GIS anda.
Tapi nak buat Model Builder ni,
anda kena design dulu dan kena tahu tool apa nak pakai dari dalam ArcToolbox.
Bila dah tahu tool apa nak pakai, drag je tool tu dari dalam ArcToolbox dan
drop masuk dalam window Model Builder. OK sekarang saya akan tunjukkan cara nak
buat Model Builder daripada kes workflow Buffer dan Clip seperti di atas.
Mula-mula buka ArcMap, kemudian
bina toolbox sebab anda akan simpan Model anda di dalam toolbox ni. Caranya
seperti di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Dalam Catalog Window, klik Toolboxes > My Toolboxes
- Klik New
- Pilih Toolbox, kemudian namakan toolbox anda.
Dalam contoh di bawah, saya
namakan toolbox saya sebagai MyModel. ArcGIS akan letakkan extension setiap
toolbox anda sebagai .tbx.
Kemudian bina model pertama anda
seperti step di bawah :-
Penerangan gambar :-
- Right click toolbox anda baru bina tu dan pilih New
- Klik Model...
Window Model seperti di bawah
akan dipaparkan.
Perhatikan di dalam window Model
tu kosong, bermakna anda belum design apa-apa workflow lagi di dalam model tu.
Kita akan start workflow kita dengan laksanakan analisis Buffer (rujuk rajah
workflow kat atas sekali dalam topik ni). Di dalam ArcToolbox, tool Buffer
terletak di dalam System Toolboxes > Analysis Tools > Proximity >
Buffer. Drag tool Buffer tu ke dalam window Model anda seperti di bawah. Anda
akan dapati window Model anda sekarang mengandungi kotak flow Buffer dan result
Output Feature Class.
Anda akan melaksanakan analisis
Buffer dalam jarak zon 20m di kiri kanan jalan. Oleh itu, double click kotak
Buffer untuk memasukkan Input layer jalan dan zon jarak 20m.
Penerangan lanjut tentang step dalam
dialog Buffer tu anda boleh rujuk dalam topik Analisis Buffer saya post sebelum
ini. Setelah anda masukkan parameter dikehendaki dalam dialog Buffer tu, model anda
akan bertukar warna seperti di bawah.
Model yang mempunyai warna
bermaksud ianya telah bersedia untuk anda Run. Tapi model anda tu belum lengkap
lagi. Kalau ikut workflow asal, result dari Buffer tu anda akan Clip kepada
layer lot tanah untuk mendapatkan lot yang di dalam zon 20m. Oleh itu anda akan
tambah tool Clip di dalam model anda tadi. Tool Clip terletak di dalam System
Toolboxes > Analysis Tools > Extract > Clip. Drag saja tool Clip tu ke
dalam window Model macam anda buat pada tool Buffer sebelum tadi. Model anda
akan kelihatan seperti di bawah.
Kemudian double click kotak Clip
tu. Dalam dialog Clip, pastikan Input Features anda ialah layer lot tanah dan
Clip Features ialah output layer hasil dari analisis Buffer, dalam contoh saya
kat bawah ni Clip Features ialah layer jalanraya_Buffer1.
Klik OK dan model anda akan
kelihatan seperti kat bawah ni.
Sekarang saya akan susun semula
posisi elemen di dalam model saya tadi supaya menyamai rajah workflow saya.
Hasilnya seperti kat bawah ni. Cuba bandingkan rajah 1 dalam ModelBuilder tu. Sama
kan dengan workflow asal saya dalam rajah 2?
Sekiranya anda nak masukkan output
layer yang dihasilkan oleh model tu secara automatik ke dalam Table of Content
ArcMap, right click pada output layer tu dan pilih Add To Display.
OK sekarang macamana saya nak run
model saya tadi? Senang je. Klik je butang Run atau klik menu Model > Run.
Hasilnya anda akan dapat lot yang
terletak di dalam zon 20m di bahu kiri kanan jalanraya. So..anda dah nampak
kan.. dengan menggunakan ModelBuilder, boleh menjimatkan masa anda dan pada
masa sama ia boleh menjadi dokumentasi kepada proses workflow anda. Anda boleh design Model Builder anda dari seringkas workflow seperti model di atas atau model yang agak complex seperti yang saya buat dalam contoh di bawah ni..
Selamat mencuba..