Saya sebenarnya baru cuba-cuba
tool generalisasi ni dalam ArcGIS dan ingin share sikit. OK..kita start dengan
maksud generalisasi dulu. Apabila butiran (feature) di atas peta dari sumber
skala besar ke arah skala yang lebih kecil ingin dipersembahkan, proses
generalisasi kebiasaannya dilakukan. Contohnya katakan butiran data anda
dicapture dari sumber skala 1:5,000, bila maklumat tu nak dipaparkan ke skala
1:25,000, proses generalisasi akan berlaku. Tujuannya hanyalah supaya maklumat yang ingin
ditunjukkan di atas peta tu dapat dipapar dengan jelas sehingga mudah dibaca. Pada
skala 5,000, data sungai anda mungkin dalam bentuk poligon tapi bila ditunjuk
pada skala 25,000, poligon tu dah di generalize jadi line sahaja. Kalau nak
mudah faham, lihat kat gambar bawah ni lah :-
Perbezaan geometri sungai dari polygon kepada polyline pada skala yang berbeza |
Pada skala kecil, perincian butiran dikurangkan |
Proses generalisasi sebenarnya
adalah satu proses yang kompleks dan agak mencabar kerana pada skala tertentu kita
perlu tentukan butiran manakah yang perlu dikekalkan, yang manakah perlu
dibuang, yang manakah perlu digabungkan dan yang manakah perlu dipermudahkan
dari segi bentuk geometri dan lain-lain. Hubungkaitan antara butiran (spatial
relationship) juga perlu dikekalkan untuk mengelakkan kekeliruan semasa
mengintrepitasi maklumat di atas peta tu.
Proses generalisasi ni
kebiasaannya melibatkan dua fasa iaitu :-
- Generalisasi Model
- Generalisasi Kartografi
Generalisasi Model adalah proses
untuk menghasilkan data kepada skala
yang spesifik dimana perincian butiran akan dipermudahkan atau dikurangkan
mengikut kesesuaian skala yang nak dihasilkan. Dalam kata lain proses ni akan
menghasilkan output data yang baru dan disimpan di dalam pangkalan data skala
tertentu.
Generalisasi Karto pula dilakukan
semasa kita nak design peta untuk cetakan dimana pengubahsuaian simbologi
dilakukan sekiranya berlaku konflik pada simbol, contohnya simbol yang terlalu
rapat, bertindih, orientasi yang tak betul, perlukan simbol offset dan
lain-lain. Pengubahsuaian ini tidak melibatkan pengubahsuaian pada data asal,
hanya manipulasi pada simbol sahaja yang dilakukan.
Workflow generalisasi : sumber ArcGIS Desktop Help |
Dalam ArcGIS Desktop, tools untuk
Generalisasi Model kita boleh access melalui ArcToolbox dalam Cartographic
Tools > Generalization
Semasa proses Generalisasi Model,
beberapa set arahan (rules) perlu kita tetapkan pada butiran data untuk
penghasilan butiran pada skala yang dikehendaki. Contohnya katakan untuk
penghasilan data dari skala 1:25,000 kepada 1:50,000, kemungkinan set arahan
yang anda telah tetapkan ialah sekiranya jarak antara dua polygon kurang dari
30m dan keluasan polygon tu melebihi 500m²
maka polygon tu perlu digabungkan.
Untuk melaksanakan jenis generalisasi seperti ni, saya boleh gunakan tool
Aggregate Polygons di dalam toolbox Generalization. Contoh seperti gambar di
bawah :-
Penerangan gambar :-
- Buka Arctoolbox dan klik Generalization > Aggregate Polygons
- Untuk Input Features, pilih data polygon yang nak digabungkan.
- Masukkan nama Output Feature Class yang nak dihasilkan.
- Letakkan jarak minima antara dua polygon yang nak digabung.
- Letakkan keluasan minima polygon yang perlu digabung.
- Klik OK. (Setting lain tu semua optional, gunakan ikut kesesuaian)
Hasilnya seperti di bawah ni.
Setelah selesai kesemua data tu digeneralisasikan
ke dalam pangkalan data generalisasi, proses merekabentuk peta untuk cetakan akan
dilakukan daripada data tersebut. Di peringkat ni, proses Generalisasi Karto
perlu anda buat kalau simbol yang dipaparkan dari data ni tidak bersesuaian
atau berlaku konflik atapun kalau butiran simbol nampak terlalu kompleks/padat
dan perlu dikurangkan.
Terdapat banyak tool yang anda
boleh gunakan untuk proses Generalisasi Karto ni, seperti Graphic Conflicts,
Annotation, Cartographic Refinement, Grid and Graticules dan Masking Tools.
Kesemuanya di dalam toolbox Cartography Tools.
OK, sebelum pergi lebih lanjut
tentang Generalisasi Karto ni, cuba perhatikan contoh gambar di bawah. Dari
segi realiti keadaan sebenar, selalunya orang buat tapak rumah mesti sejajar sudut menghadap ke jalanraya, betul tak? Macam dalam gambar A tu. Jarang orang
bina kedudukan rumah macam dalam gambar B.
Macam tu lah juga bila kita buat
peta untuk simbol rumah atau seumpamanya. Perhatikan contoh data point Residential
Building saya seperti di bawah ni. Kedudukan orientasi point simbol kotak building
tu tidak sejajar dengan jalanraya. Jadi dari sudut kartografi, peta ni tak
nampak berapa menarik dan mungkin mengelirukan.
So, sekarang ni saya akan buat proses Generalisasi Karto
untuk mengubah orientasi rumah tu supaya sejajar dengan jalanraya. Ini saya boleh
lakukan dengan menggunakan tool Resolve Building Conflicts di dalam ArcToolbox.
Follow steps seperti di bawah :-
Tapi ada beberapa step kat situ yang saya agak kurang faham,
seperti step (6) dan (7). So apa yang saya buat, saya try and error je masukkan
nilai yang sesuai sehingga saya dapat result yang saya rasa memuaskan. OK...
penerangan sikit tentang steps tu :-
- Buka Arctoolbox dan klik Cartography Tools > Graphic Conflicts > Resolve Building Conflicts.
- Pilih Input Building Layers
- Pilih Field yang menentukan building apa yang hendak dipapar dan building apa yang hendak dihilangkan. Nilai 1 dalam field tu menunjukkan building akan dipapar dan nilai 0 menunjukkan building tak akan dipapar.
- Pilih Input Barrier Layers. Dalam contoh ni saya nak supaya simbol building sejajar dengan jalan, jadi Input Barrier Layers saya ialah jalanraya.
- Tukar setting Orient kepada TRUE.
- Masukkan nilai Building Gap.
- Masukkan nilai Minimum Allowable Building Size. (kalau nak penjelasan maksud parameter ni, tekan button Show Help >>).
- Klik OK.
Hasilnya jadilah seperti gambar di bawah ni. Cuba perhatikan
orientasi simbol building rumah tu, semuanya berubah sejajar mengikut kedudukan
jalanraya.
Klik gambar untuk mendapat gambaran maksud lebih jelas |