Hmmm... baru-baru ni saya buka FB dan nampak gambar partner saya sibuk packing-packing barang sebab nak pindah ofis baru..:D.. Terus saya terfikir nak buat topik ni sebab ada kena mengena dengan packing. :) Kali ni saya nak share sikit berkenaan dengan Map Package. Apakah sebenarnya Map Package tu?
OK saya bagi contoh senario yang mudah, macam kes kawan saya yang nak pindah ofis tadi. Selalunya kalau kita nak pindah ofis ke or pindah rumah ke, apa perkara penting yang perlu kita buat? Selalunya kita akan pack semua barang-barang yang nak kita pindahkan tu dan kumpulkan kat satu tempat, paling mudah kita longgok semua dalam kotak, kalau muat dalam kotak la kan? Contohnya fail-fail, buku-buku, barang-barang yang kecil-kecil tu semua kita sumbatkan dalam kotak supaya bila sampai ofis baru nanti, senang ler kita nak unpack semula.. dan pada masa yang sama kita boleh pastikan tak ada barang-barang yang tercicir nanti.
OK saya bagi contoh senario yang mudah, macam kes kawan saya yang nak pindah ofis tadi. Selalunya kalau kita nak pindah ofis ke or pindah rumah ke, apa perkara penting yang perlu kita buat? Selalunya kita akan pack semua barang-barang yang nak kita pindahkan tu dan kumpulkan kat satu tempat, paling mudah kita longgok semua dalam kotak, kalau muat dalam kotak la kan? Contohnya fail-fail, buku-buku, barang-barang yang kecil-kecil tu semua kita sumbatkan dalam kotak supaya bila sampai ofis baru nanti, senang ler kita nak unpack semula.. dan pada masa yang sama kita boleh pastikan tak ada barang-barang yang tercicir nanti.
Macam kalau kita lihat gambar kat
bawah ni, mana rasanya lebih senang kita nak angkut kalau nak pindahkan
barang... gambar 1 ke gambar 2? Mestilah gambar 2 kan? Kalau gambar 1 tu jenuh
kita nak angkat satu persatu, lepas tu takut pulak ada yang jatuh tercicir masa
proses nak pindahkan tu.
Mana satu cara mudah nak pindahkan barang, cara 1 ke 2? |
So samalah juga macam konsep Map
Package ni. Map Package adalah satu kaedah yang mudah untuk kita berkongsi Map
Document MXD dan data-data dalam MXD tu di antara kumpulan kerja, organisasi,
jabatan dan juga pengguna-pengguna lain. Kenapa mudah? Sebab dia akan kumpulkan dan longgokkan semua data-data dalam MXD kita tu dalam satu fail yang dah dicompress dalam format .mpk. Tapi Map Package ni hanya terdapat dalam ArcGIS 10 je tau, dalam ArcGIS 9 takde...
Pernah tak anda ada problem
sebelum ni contohnya anda buat ArcMap Document MXD kat laptop anda, kemudian
bila anda pindahkan fail MXD tu kat laptop kawan anda, ada data-data dalam MXD
tu yang tak keluar, mungkin sebab disimpan di dalam setting folder yang
berlainan antara laptop anda dan laptop kawan anda. Contohnya kat laptop anda
data-data semua disimpan dalam folder C, tapi kat laptop kawan anda tu anda
install kat folder D contohnya. So mapping drive dia dah lain, sebab tu ada
data yang tak dapat dipaparkan. Selalunya masalah ni berlaku kalau anda tak
setkan relative pathname pada data source anda seperti gambar kat bawah ni.
Layer tak dapat dipaparkan sebab missing reference data source |
Tapi kaedah Store relative pathnames to data sources ni mungkin sesuai
digunapakai kalau kedudukan data-data anda tu diletakkan di dalam satu folder
yang sama. Tapi bagaimana pula kalau data-data di dalam fail MXD anda terletak
di dalam pelbagai folder yang berlainan? Contohnya mungkin ada shapefile dalam
MXD tu dari folder C:\Data, ada pula yang dalam D:\Data, ada pula yang dalam
ArcSDE Geodatabase, ada yang dalam File Geodatabase dan lain-lain. Contoh macam
gambar kat bawah ni :
Contoh MXD ada banyak source data; folder berlainan, Arcsde etc.. |
Kalau macam tu jenuh juga kita
nak copy dan setkan balik kesemua data-data tu kalau kita nak install
MXD tu ke komputer lain. Jadi, jalan mudahnya, gunalah kaedah Map Package. Map
Package ni akan pakejkan kesemua data-data bersama MXD kita tu dalam satu
compress fail .mpk dan kemudiannya kita boleh unpack semula di komputer yang
kita nak install tu.
Konsep Map Package untuk perkongsian data antara dua lokasi berbeza |
Syarat pertama untuk nak buat Map
Package ni ialah anda perlu masukkan dulu penerangan tentang fail MXD di
ruangan Description kat dialog Map Document Properties seperti di bawah
ni. Dalam contoh tu, saya taipkan kat dalam ruangan Description tu 'Data Negeri Selangor.'
Map Description perlu dimasukkan dahulu sebelum buat Map Package |
Pilihan untuk pakejkan data |
So..macamana nak Unpack pula? Lagi ler mudah... bila anda dah copy fail .mpk tu masuk dalam laptop kawan anda, right click jer fail .mpk tu dalam ArcCatalog atau Catalog Window, lepas tu pilih Unpack.. macam gambar kat bawah ni.