Kali ini saya akan berkongsi satu topik yang agak menarik. Sebelum tu, perhatikan gambar di bawah :-
Hehe macam familiar je gambar tu... Gambar tu menunjukkan logo Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Katalah saya ada layer taburan pusat mengundi di atas peta, kemudian saya nak simbolkan layer pusat mengundi saya tu menggunakan simbol macam dalam gambar tu, macamana caranya ye? Sudah tentu gambar tu tiada di dalam senarai symbology di dalam aplikasi ArcGIS Desktop saya. Apabila kita merekabentuk peta menggunakan simbol-simbol di dalam perisian GIS, kadangkala simbol yang ingin kita gunakan tiada di dalam senarai template symbol dalam perisian tersebut. OK, disini saya ingin berkongsi satu kaedah yang kita boleh gunakan.
Aplikasi ArcMap sebenarnya mengandungi beratus-ratus simbol-simbol kartografi yang boleh kita gunakan. Contohnya bila kita klik button Style References, akan keluarlah berlambak-lambak templat simbol seperti di bawah. Setiap satu templat tu terkandung pelbagai simbol untuk point, line dan juga polygon.
Kita juga boleh mengubahsuai simbol berdasarkan simbol-simbol sedia ada untuk menghasilkan simbol yang baru. Contohnya menggunakan interface Symbol Property Editor seperti di bawah (Gambar tu saya snap dari ArcGIS Desktop Help)
Tapi kalau nak buat logo SPR tu menggunakan kaedah di atas, susah juga tu. Macamana nak buat gambar tangan tu, gambar bendera lagi. Nak selit pulak tulisan SPR kat tengah-tengah kotak undi tu... mmmm. Lagipun kaedah di atas hanya sesuai menggunakan simbol-simbol sedia ada untuk kita customise. Mana ada gambar bendera Malaysia dalam simbol templat ArcGIS tu. OK jangan panik, saya dah jumpa satu kaedah baru.
Saya akan terangkan dari segi konsep dahulu. Sebenarnya bila kita customise simbol dalam ArcMap menggunakan kaedah Character Marker Symbol, sebenarnya kita berinteraksi dengan system Windows Font. Bila kita install ArcGIS Desktop dalam pc or laptop kita, kesemua marker symbol tu akan di install sebagai Windows Font di dalam sistem operasi Windows. Ini bermaksud nama-nama yang anda nampak dalam senarai simbol tu seperti ESRI Business, ESRI Cave 1, ESRI Environment dan lain-lain semuanya adalah Widows Font. Windows Font ni pula sebenarnya kita boleh bina menggunakan perisian-perisian tertentu.
Ok, sudah faham sekarang? Untuk membina font yang mengandungi logo SPR tu, saya gunakan satu perisian yang dinamakan Font Creator. Melalui perisian ini, anda boleh melukis simbol-simbol yang anda mahukan, samalah macam konsep screen digitizing di dalam GIS. Anda boleh rujuk maklumat berkenaan perisian tu di link ni .. http://www.high-logic.com/font-editor/fontcreator.html Anda boleh download dan cuba perisian ni secara percuma selama 30 hari. Apa yang bagus tentang perisian ni adalah ia boleh import image menjadi font symbol. Contohnya seperti gambar di bawah ni. Imej logo SPR kat ruangan kiri tu adalah imej asal dalam format JPG manakala yang belah ruangan kanan pula adalah simbol font yang bakal saya lihat apabila saya import imej tu.
Jadi tak perlulah saya lukis logo tu from scratch. Saya cuma perlu import dan kemudian alter sikit-sikit. Setelah saya import image tu, ianya akan dipaparkan seperti di bawah di dalam Font Creator.
Tetapi untuk menghasilkan simbol yang betul-betul sepadan dengan logo asal memerlukan kreativiti juga kerana jika logo anda mempunyai pelbagai warna, setiap warna tu perlu diasingkan kepada font symbol yang berlainan. Sekiranya saya terus menggunapakai simbol font seperti di atas, saya akan mendapat simbol yang sama warna secara keseluruhan di dalam ArcMap. Walhal kalau ikut logo asal, bendera Malaysia ada warna kuning, biru, merah dan putih. So, saya pun pecah-pecahkan simbol tu kepada beberapa simbol font di dalam Font Creator. Jadilah lebih kurang seperti gambar bawah ni..
Kesemua simbol font tu nanti saya akan gabungkan semula di dalam ArcMap mengikut warna logo asal. Setelah selesai anda design font simbol tu, anda perlu install font tersebut ke dalam sistem operasi Windows anda. Semua tu boleh dilakukan melalui perisian Font Creator ni. Klik sahaja pada menu Font > Install dan ikut arahan seterusnya.
OK, balik semula kepada ArcMap. Setelah anda install sebagai Windows Font, buka kembali tetingkap Symbol Property Editor. Anda sepatutnya akan nampak nama font anda tersenarai di dalam Character Marker Symbol seperti di bawah.
Kemudian anda perlulah menggunakan kreativiti anda untuk menggabungkan semula simbol-simbol yang telah anda pecahkan tadi mengikut susunan, saiz dan warna yang sesuai. Lihat contoh di bawah bagaimana saya menggabungkan simbol-simbol tersebut. Konsepnya sama seperti anda overlay layer-layer GIS anda.
Setelah selesai saya menggabung simbol tersebut, hasilnya adalah seperti peta di bawah ini. Menarik bukan?
Selain kaedah Character Marker Symbol, satu lagi kaedah yang anda boleh gunakan adalah menggunakan kaedah Picture Marker Symbol. Anda hanya perlu import terus imej logo tu ke dalam ArcMap menggunakan samada format BMP atau EMF. Akan tetapi hasilnya agak kurang menarik kerana anda akan nampak border kotak di sekeliling logo tersebut (lihat gambar bawah). Bandingkan gambar di bawah dengan kaedah Character Marker Symbol di atas. Sudah tentu kaedah di atas lebih cantik hasilnya kan???.
So macamana, rasa-rasa boleh buat tak? Senang je,.. tapi kalau tak boleh buat, sub kat saya je ler..hehe
No comments:
Post a Comment