Sunday, 20 May 2012

Mengintegrasi Data Google KML ke dalam ArcGIS Desktop

Ramai yg menggunakan perisian Google Earth atau Google Map pada masa sekarang sebagai rujukan lokasi dan lain-lain. Ada juga yg saya lihat menggunakan Google Earth sebagai sumber untuk membuat verikasi data atau pengemaskinian data. Pada kebiasaannya, kaedah ini dilakukan apabila kita mempunyai sumber data yang terhad. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan data Google ini untuk menandakan point sekolah, lokasi rumah dan lain-lain. Di dalam Google Earth, kita boleh melaksanakan pendigitan skrin ke dalam bentuk point, line atau juga polygon. Timbul persoalan bagaimana kita hendak mengintegrasikan semula data yang telah kita digit di dalam Google ini masuk ke dalam perisian GIS.

Di dalam contoh ini, saya akan menunjukkan sampel prototaip yang saya buat bersama Jab Kesihatan untuk menandakan lokasi2 kes penyakit di sekitar KL. Sumber data yang diberikan hanyalah fail Excel yang mengandungi alamat kes manakala perisian GIS yang digunakan adalah ArcGIS Desktop 10. Daripada senarai alamat tersebut, carian dilakukan di dalam perisian Google Earth untuk menentukan lokasi. Setelah lokasi dikenalpasti, kaedah Add Placemark dilakukan di dalam perisian Google dengan menekan menu Add > Placemark... Ini akan membina data point merujuk kepada lokasi yang telah dikenalpasti. Rajah di bawah menunjukkan beberapa placemark kes yang telah ditandakan di dalam Google Earth.


Setelah semua penandaan kes selesai, savekan point yang telah dibina ke dalam format KML. Caranya mudah sahaja, right click pada senarai places yang telah dibina dan pilih Save Place As.. dan letakkan fail ke dalam folder yang dikehendaki.

Kemudian, melalui aplikasi ArcGIS ArcMap, buka senarai toolbox, dan klik Conversion Tools > From KML > KML To Layer. Masukkan fail KML yang telah anda bina dan juga folder output. Geodatabase yang mengandungi point akan dibina di dalam folder output tersebut.


Hasilnya adalah seperti rajah di bawah yang menunjukkan point kes daripada geodatabase yang telah diconvert dari KML dan dimasukkan ke dalam aplikasi GIS ArcMap. Dalam contoh dibawah, point simbol bintang adalah data-data dari sumber Google Earth KML ditindihkan bersama-sama data basemap lain seperti sempadan parlimen, daerah, mukim dan sungai dari pangkalan data GIS sedia ada.




Terdapat juga beberapa perisian GIS yang boleh memaparkan terus data KML tanpa perlu diconvert ke format GIS, antaranya seperti perisian opensource QGIS. Akan tetapi, kelebihan ArcGIS adalah data KML yang anda bina tidak perlu ditukar ke sistem koordinat yang seragam dengan basemap anda kerana ArcGIS menyokong konsep 'on the fly projection'. Seperti dalam contoh di atas, walaupun data Google menggunakan sistem koordinat WGS84, tapi ianya masih boleh ditindihkan bersama data basemap saya yang menggunakan sistem koordinat RSO. Akan tetapi proses datum conversion perlu dilakukan dari Kertau ke WGS (rujuk pada post saya sebelum ini).

9 comments:

  1. bos dalam arcgis 10 dah ade bing map yg kite boleh guna utk jdkan base.. rasa nya boleh jer gunakan tu utk updating data etc.. cma maybe certain location on bing ni dia xupdate sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Tp user ramai x heppy sbb x brape update... 1 lg google lg laju view hehehe. Tp klu nk view town area ok le

      Delete
  2. kenapa dalam arcmap saya tiada "from KML". "to KML" ada la..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tak silap saya "from KML" hanya dalam ArcGIS 10

      Delete
  4. arcgis 9.3 perlukan Convert KML to SHP tp dlm ArcToolbox xde, mana boleh dpt?

    ReplyDelete
  5. ok tuan,sy dh dpt file berkaitan..

    ReplyDelete