Thursday, 31 May 2012

Tips : Hillshading - Memberi Effect 3D Pada Peta

Cuba kita perhatikan kedua-dua peta gunatanah di bawah. Rasa-rasanya peta manakah yang lebih menarik? Peta A ke Peta B?


Sudah tentu peta B lebih menarik kan? Sebab nampak macam 3D pulak, nampak kawasan berbukit-bukit. Peta A tu nampak flat je...  Bila ada effect 3D tu secara tidak langsung kita boleh nampak gunatanah mana yang terletak di kawasan berbukit dan gunatanah mana pula yang terletak di kawasan rata. Di dalam GIS, teknik membina data ini dinamakan hillshading atau shaded relief.

Macamana nak buat hillshading tu? Kalau dalam ArcGIS ada dua cara nak buat ni.
  1. Gunakan function HILLSHADE di dalam extension 3D atau Spatial Analyst
  2. Jika anda guna ArcGIS versi 10, anda boleh jana data ni free sahaja menggunakan Image Analysis Window.
Faktor utama dalam membina data hillshade adalah kedudukan matahari di sesuatu kawasan yang ditentukan oleh faktor azimuth (sudut arah pancaran matahari) dan juga altitude (sudut ketinggian matahari di atas horizon). Untuk memudahkan pemahaman anda, rujuk rajah di bawah.

Default azimuth adalah 315 darjah
Default altitude adalah 45 darjah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan data surface DEM dahulu.  Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk membina data DEM ini, anda boleh jana melalui data TIN, interpolation, menggunakan data LIDAR dan pelbagai lagi. Anda boleh rujuk salah satu kaedah penyediaan data surface DEM ini di dalam post saya terdahulu di sini. Kemudian anda bolehlah menggunakan data DEM ini sebagai input untuk menjana data hillshade. Rajah di bawah menunjukkan contoh tetingkap untuk menyediakan data hillshade di dalam 3D dan Spatial Analyst. Tetingkap ini anda boleh capai melalui ArcToolbox.


Jika anda tiada extension 3D atau Spatial Analyst, macamana nak buat tu. Tiada masalah, syaratnya gunakan ArcGIS versi 10. Dalam versi 10 terdapat  Image Analysis Window yang boleh anda gunakan untuk membina data shaded relief. Klik sahaja pada menu Windows > Image Analysis. Kemudian klik butang shaded relief untuk menjana data hillshade. Mudah sahaja.


Bila dah ready data hillshade tu, susunkan agar ia dipaparkan di atas data anda (dalam kes saya, paparkan di atas data gunatanah). Oopps, nampak macam data hillshade saya tu dah tutup pula data gunatanah. Macamana nak buat tu??

Trick dia macam ni, saya jadikan pula data hillshade di atas tu sebagai transparent supaya data gunatanah saya yang di bawah tu boleh kelihatan. Caranya, buka Layer Properties untuk layer hillshade, klik tab Display dan taipkan peratus transparent yang dikehendaki.

Dalam contoh ini, saya menggunakan tahap transparent 60%.
Hasilnya adalah kombinasi data hillshade data gunatanah seperti peta di bawah. Menarik kan?

Hasil kombinasi data hillshade dan polygon gunatanah.
Selamat mencuba ...



Tuesday, 29 May 2012

ArcObject.. customize ArcMap interface

Adakah anda seorang programmer?? Kalau bukan programmer pun tak apa, tapi berminat tak nak ubah sikit-sikit interface ArcMap anda, maybe nak buat custom menu ke, custom button ke. Kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai konsep customize interface di dalam ArcGIS.

Sebelum itu saya bagi dulu pengenalan serba sedikit tentang ArcObject. Perisian ArcGIS Desktop anda dibina on top of ArcObject dimana ArcObject ni terdiri dari beberapa set of classes yang ditulis oleh programmer ESRI menggunakan pengaturcaraan C++. Bagaimana ianya disimpan di dalam ArcGIS? Ianya disimpan di dalam fail-fail DLL apabila anda install ArcGIS Desktop anda. Kalau sesiapa yang pernah belajar Object Oriented Programming tentu lebih mudah faham tentang apa yang saya maksudkan ni. 

Bagaimana kita nak programkan ArcGIS desktop kita menggunakan ArcObject classes ini? Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan, antaranya VB, VBA, C++, C# dan .NET. Bermula dari versi ArcGIS 10, ESRI mencadangkan agar persekitaran .NET digunakan kerana mereka tidak akan support VB/VBA apabila versi 10.1 muncul kelak. Tetapi untuk memudahkan anda memahami konsep customization ArcObject, saya akan menggunakan contoh menggunakan VBA kerana VBA Editor memang telah sedia ada di dalam ArcMap versi ArcGIS10 dan juga versi 9.x.

Untuk buka VBA Editor ni, anda klik sahaja pada menu Customize > VBA Macros > Visual Basic Editor di dalam ArcMap.


Penerangan mengenai komponen-komponen di dalam VBA Editor adalah seperti di bawah.

Di dalam contoh ini, saya akan membina satu form yang berfungsi untuk melaksanakan proses carian nama sungai di atas peta saya. Untuk membina form di dalam VBA Editor, right click di dalam ruangan Project (rujuk rajah di atas untuk ruangan Project), kemudian pilih sahaja Insert > UserForm.
Kaedah membina Form

Secara default VBA Editor akan menamakan form anda sebagai UserForm1. Kemudian saya drag control ComboBox masuk ke dalam form saya. Ini akan bertindak sebagai dropdown box di dalam form saya yang akan menyenaraikan nama-nama sungai. Saya drag juga control CommandButton yang akan mencari nama sungai yang saya kehendaki di dalam ComboBox. Saya namakan CommandButton saya ini sebagai CARI.

                                         
                            Click/Drag control ComboBox dan CommandButton ke dalam form.
Kemudian saya double click di atas form saya untuk memaparkan ruangan Procedure. Seterusnya saya klik kepada Initialize (rujuk rajah di bawah).

Double click form dan pastikan anda tukar kepada Event Initialize pada Procedure.
Kemudian saya masukkan kod berikut di bawah ruangan Private Sub UserForm_Initialize()

    Dim pMxDoc As IMxDocument
    Dim PFLayer As IFeatureLayer
    Dim pFc As IFeatureClass
    Dim pFeat As IFeature    
    Dim i As Integer

    Set pMxDoc = ThisDocument
    For i = 0 To pMxDoc.FocusMap.LayerCount - 1
            If (UCase(pMxDoc.FocusMap.Layer(i).Name) = UCase("Sungai")) Then
                    Set PFLayer = pMxDoc.FocusMap.Layer(i)
                    Exit For
            End If
    Next
    Set pFc = PFLayer.FeatureClass
    
    'sort nama sungai
    Dim pTableSort As ITableSort
    Set pTableSort = New TableSort
    pTableSort.Fields = "NAME"
    pTableSort.Ascending("NAME") = True
    Set pTableSort.Table = pFc
    pTableSort.Sort Nothing
           
    'Return a cursor for all the features
    Dim pFCur As IFeatureCursor
    Set pFCur = pTableSort.Rows
    Set pFeat = pFCur.NextFeature
    
    Dim namaExists As Boolean
    namaExists = False

    Do Until pFeat Is Nothing
          nama = pFeat.Value(pFeat.Fields.FindField("NAME"))
        
          'Check for duplicate name
          For i = 0 To ComboBox1.ListCount - 1
                 If nama = ComboBox1.List(i) Then
                       namaExists = True
                 Else: End If
          Next i
          
          Select Case namaExists
                  Case False
                          ComboBox1.AddItem nama
                  Case Else
          End Select
          namaExists = False
          
          Set pFeat = pFCur.NextFeature
    Loop
    
    ComboBox1.ListIndex = 0

OK, selesai coding untuk memapar nama sungai ke dalam combobox form saya. Sekarang saya akan masukkan pula coding untuk mencari nama sungai sekiranya pengguna klik butang CARI pada form saya. Kaedah ini samalah seperti bila kita laksanakan proses carian menggunakan kaedah Select by Attributes di dalam ArcMap. Untuk masukkan coding tu, saya double click pada CommandButton CARI, seterusnya procedure CommandButton1_Click akan dipaparkan. 

Double click CommandButton CARI untuk mendapatkan procedure
Seterusnya saya masukkan coding berikut di bawah ruangan Private Sub CommandButton1_Click()

    Dim pDoc As IMxDocument
    Dim pMap As IMap
    Dim pLayer As IFeatureLayer
    Dim pFc As IFeatureClass
    Dim pQf As IQueryFilter
    Dim pSelSet As ISelectionSet
    Dim pFSel As IFeatureSelection
    
    Set pDoc = ThisDocument
    Set pMap = pDoc.FocusMap
    
    For i = 0 To pMap.LayerCount - 1
        If UCase(pMap.Layer(i).Name) = UCase("Sungai") Then
                Set pLayer = pMap.Layer(i)
                Exit For
        End If
    Next
    Set pFc = pLayer.FeatureClass
    
    'Create the query filter
    Set pQf = New QueryFilter
     pQf.WhereClause = "NAME = '" & ComboBox1.Value & "'"

    'Get the features that meet the where clause
    Set pSelSet = pFc.Select(pQf, esriSelectionTypeIDSet, esriSelectionOptionNormal,          
    Nothing)
    
    'Apply the selection
    Set pFSel = pLayer
    Set pFSel.SelectionSet = pSelSet
    pDoc.ActiveView.Refresh

Kemudian, saya aktifkan kembali form saya dan klik sahaja butang Run di dalam VBA Editor.

Klik Run untuk run form anda

Sebaik sahaja saya klik Run, form saya akan dipaparkan di dalam ArcMap. Senarai nama-nama sungai akan dapat saya lihat apabila saya klik combobox di dalam form tersebut.


Dalam contoh ini, saya memilih nama Sungai Langat. Apabila saya klik butang CARI, Sungai Langat akan ditunjukkan di atas peta saya seperti rajah di bawah.


Contoh yang saya tunjukkan ini adalah menggunakan bahasa pengaturcaraan VBA. Sekiranya anda ingin menggunakan persekitaran .NET, anda boleh programkan di dalam Microsoft Visual Studio menggunakan samada VB.Net ataupun C#.Net.

So macamana? Menarik tak? Anda boleh mencuba coding di atas untuk disesuaikan dengan data anda. Cuma perlu gantikan sahaja perkataan "Sungai" dengan nama layer anda di dalam ArcMap dan gantikan "NAME" dengan nama field yang ingin anda query di dalam layer anda. Selamat mencuba.



Monday, 28 May 2012

Kursus ArcGIS Desktop untuk Jab Landskap Negara

Hari ini saya mengendalikan kursus GIS lagi.. Working with ArcGIS 10 Desktop. Kali ini peserta terdiri dari kakitangan Jabatan Landskap Negara. Rancangan asalnya seramai 12 peserta akan hadir pada kursus ini tapi kerana beberapa masalah teknikal, hanya 6 yang dapat hadir. Takpe, kursus tetap di jalankan.

Seperti biasa untuk kursus Working with ArcGIS 10 Desktop, saya akan mengendalikan kursus ini selama 2 hari. Ianya lebih kepada peringkat asas pengendalian perisian ArcGIS Desktop merangkumi topik-topik pengenalan GIS, memapar maklumat, penyuntingan data, analisis-analisis asas sehinggalah kepada penyediaan peta. Seperti kursus-kursus saya yang terdahulu, saya lebih berminat fokus dan tekankan kepada topik-topik yang berkaitan dengan penggunaan di dalam kerja-kerja seharian peserta. Kadang-kadang tu off topic juga, saya tunjukkan contoh-contoh yang tiada di dalam silibus sekiranya saya rasa perlu supaya mereka lebih mendapat gambaran dan idea.

Peserta kusyuk mendengar taklimat.. ye ke fokus tu? hehe

Latihan hands-on
Sambutan dari peserta agak menggalakkan. Nampak mereka berminat menggunakan perisian ArcGIS Desktop ini. Selamat menuntut ilmu..

Sunday, 27 May 2012

Kartografi : Berkongsi Fail Simbol

Topik kali ini adalah lanjutan dari post saya sebelum ini Custom Symbology. Dalam topik sebelum ini saya ada menerangkan beberapa tips untuk customise simbol-simbol yang kita kehendaki. Ok sekarang fikirkan senario ini. Katalah jabatan anda merancang untuk membangunkan standard di dalam penggunaan simbol-simbol untuk membuat peta. Mungkin setup di jabatan anda terdiri dari beberapa PC ArcGIS di Ibu Pejabat dan mungkin juga di pejabat negeri. Atau mungkin di universiti anda mempunyai GIS lab yang mengandungi beberapa PC ArcGIS. Sekiranya anda telah membina beberapa set simbol untuk kegunaan anda sendiri di Ibu Pejabat, bagaimana pula nak share simbol tu pada kawan-kawan anda yang lain di pejabat negeri supaya mereka boleh menggunakan standard simbol yang sama?


Senang saja, saya akan terangkan di dalam topik ini. Gambar di bawah adalah contoh beberapa simbol yang saya paparkan menggunakan Style Manager di dalam ArcMap. Asalnya simbol-simbol ini saya bina menggunakan Font Creator. Ingat lagi software ni? Saya ada ceritakan di dalam post sebelum ini.


Nampak macam banyak juga simbol-simbol yang saya dah buat tu. Ada simbol polygon kelapa, kelapa sawit, koko, kopi, lada dan lain-lain. Itu baru Fill Symbols untuk polygon, belum lagi simbol-simbol untuk point dan line. Simbol-simbol ini hanya terdapat di dalam PC ArcGIS saya bila saya open ArcMap. Bila kawan saya open ArcMap di dalam PC atau laptop dia, tak nampak pun simbol-simbol tu. So macamana nak kongsi simbol-simbol ni?

Jawapannya gunakan kaedah Styles di dalam ArcMap. Styles adalah satu kaedah untuk menyimpan dan menstandardkan simbol dan komponen peta (scale bar, north arrow, text label etc) dan seterusnya dikongsi kepada pelbagai pengguna yang menggunakan ArcGIS Desktop. 

Bagaimana pula untuk membina Styles ini? Anda hanya perlu klik menu Customize > Style Manager. Kemudian klik butang Styles. Bila dah keluar tetingkap Style Referrences tu, klik pulak butang Create New Style. Lepas tu namakan fail anda. Nanti anda akan lihat fail extension .style akan dibina di dalam folder yang anda telah pilih dan secara automatik terus dimasukkan ke dalam senarai Style Manager anda. Dalam contoh ini, saya menamakan fail style saya sebagai SPR.style (perhatikan tetingkap Style Manager di bawah)

Fail style yang anda baru bina tu masih kosong, tidak mempunyai apa-apa simbol lagi. Untuk memasukkan simbol-simbol custom yang telah anda bina tu simple je, anda hanya perlu copy dan paste masuk ke dalam folder Fill Symbols, Line Symbols atau Marker Symbols.
                                                                      
                          
OK, so bila anda sudah selesai masukkan semua simbol-simbol tu ke dalam fail style anda, anda hanya perlu copykan fail .style tadi masuk ke dalam PC kawan anda.  Sekiranya anda customise simbol tu menggunakan teknik simbol font (menggunakan Font Creator), fail font tersebut (.ttf) perlu juga anda copy dan masukkan ke dalam PC kawan anda, seterusnya install font tersebut ke dalam sistem operasi Windows PC kawan anda tadi. Kemudian setkan ArcMap pada PC kawan anda tu untuk baca fail .style tadi. Caranya, klik butang Add Style to List dan pilih fail .style yang telah anda copykan tadi.


Mudah sahaja kan? Selamat mencuba...


Friday, 25 May 2012

Kartografi : Mengubahsuai Simbol (Custom Symbology)

Kali ini saya akan berkongsi satu topik yang agak menarik. Sebelum tu, perhatikan gambar di bawah :- 

Hehe macam familiar je gambar tu... Gambar tu menunjukkan logo Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Katalah saya ada layer taburan pusat mengundi di atas peta, kemudian saya nak simbolkan layer pusat mengundi saya tu menggunakan simbol macam dalam gambar tu, macamana caranya ye?  Sudah tentu gambar tu tiada di dalam senarai symbology di dalam aplikasi ArcGIS Desktop saya. Apabila kita merekabentuk peta menggunakan simbol-simbol di dalam perisian GIS, kadangkala simbol yang ingin kita gunakan tiada di dalam senarai template symbol dalam perisian tersebut. OK, disini saya ingin berkongsi satu kaedah yang kita boleh gunakan.

Aplikasi ArcMap sebenarnya mengandungi beratus-ratus simbol-simbol kartografi yang boleh kita gunakan. Contohnya bila kita klik button Style References, akan keluarlah berlambak-lambak templat simbol seperti di bawah. Setiap satu templat tu terkandung pelbagai simbol untuk point, line dan juga polygon.

Kita juga boleh mengubahsuai simbol berdasarkan simbol-simbol sedia ada untuk menghasilkan simbol yang baru. Contohnya menggunakan interface Symbol Property Editor seperti di bawah (Gambar tu saya snap dari ArcGIS Desktop Help)


Tapi kalau nak buat logo SPR tu menggunakan kaedah di atas, susah juga tu. Macamana nak buat gambar tangan tu, gambar bendera lagi. Nak selit pulak tulisan SPR kat tengah-tengah kotak undi tu... mmmm. Lagipun kaedah di atas hanya sesuai menggunakan simbol-simbol sedia ada untuk kita customise. Mana ada gambar bendera Malaysia dalam simbol templat ArcGIS tu. OK jangan panik, saya dah jumpa satu kaedah baru.

Saya akan terangkan dari segi konsep dahulu. Sebenarnya bila kita customise simbol dalam ArcMap menggunakan kaedah Character Marker Symbol, sebenarnya kita berinteraksi dengan system Windows Font. Bila kita install ArcGIS Desktop dalam pc or laptop kita, kesemua marker symbol tu akan di install sebagai Windows Font di dalam sistem operasi Windows. Ini bermaksud nama-nama yang anda nampak dalam senarai simbol tu seperti ESRI Business, ESRI Cave 1, ESRI Environment dan lain-lain semuanya adalah Widows Font. Windows Font ni pula sebenarnya kita boleh bina menggunakan perisian-perisian tertentu. 

Ok, sudah faham sekarang? Untuk membina font yang mengandungi logo SPR tu, saya gunakan satu perisian yang dinamakan Font Creator. Melalui perisian ini, anda boleh melukis simbol-simbol yang anda mahukan, samalah macam konsep screen digitizing di dalam GIS. Anda boleh rujuk maklumat berkenaan perisian tu di link ni .. http://www.high-logic.com/font-editor/fontcreator.html  Anda boleh download dan cuba perisian ni secara percuma selama 30 hari. Apa yang bagus tentang perisian ni adalah ia boleh import image menjadi font symbol. Contohnya seperti gambar di bawah ni. Imej logo SPR kat ruangan kiri tu adalah imej asal dalam format JPG manakala yang belah ruangan kanan pula adalah simbol font yang bakal saya lihat apabila saya import imej tu. 

Jadi tak perlulah saya lukis logo tu from scratch. Saya cuma perlu import dan kemudian alter sikit-sikit. Setelah saya import image tu, ianya akan dipaparkan seperti di bawah di dalam Font Creator.


Tetapi untuk menghasilkan simbol yang betul-betul sepadan dengan logo asal memerlukan kreativiti juga kerana jika logo anda mempunyai pelbagai warna, setiap warna tu perlu diasingkan kepada font symbol yang berlainan. Sekiranya saya terus menggunapakai simbol font seperti di atas, saya akan mendapat simbol yang sama warna secara keseluruhan di dalam ArcMap. Walhal kalau ikut logo asal, bendera Malaysia ada warna kuning, biru, merah  dan putih. So, saya pun pecah-pecahkan simbol tu kepada beberapa simbol font di dalam Font Creator. Jadilah lebih kurang seperti gambar bawah ni..

Kesemua simbol font tu nanti saya akan gabungkan semula di dalam ArcMap mengikut warna logo asal. Setelah selesai anda design font simbol tu, anda perlu install font tersebut ke dalam sistem operasi Windows anda. Semua tu boleh dilakukan melalui perisian Font Creator ni. Klik sahaja pada menu Font > Install dan ikut arahan seterusnya.



OK, balik semula kepada ArcMap. Setelah anda install sebagai Windows Font, buka kembali tetingkap Symbol Property Editor. Anda sepatutnya akan nampak nama font anda tersenarai di dalam Character Marker Symbol seperti di bawah. 


Kemudian anda perlulah menggunakan kreativiti anda untuk menggabungkan semula simbol-simbol yang telah anda pecahkan tadi mengikut susunan, saiz dan warna yang sesuai. Lihat contoh di bawah bagaimana saya menggabungkan simbol-simbol tersebut. Konsepnya sama seperti anda overlay layer-layer GIS anda.


Setelah selesai saya menggabung simbol tersebut, hasilnya adalah seperti peta di bawah ini. Menarik bukan?

Selain kaedah Character Marker Symbol, satu lagi kaedah yang anda boleh gunakan adalah menggunakan kaedah Picture Marker Symbol. Anda hanya perlu import terus imej logo tu ke dalam ArcMap menggunakan samada format BMP atau EMF. Akan tetapi hasilnya agak kurang menarik kerana anda akan nampak border kotak di sekeliling logo tersebut (lihat gambar bawah). Bandingkan gambar di bawah dengan kaedah Character Marker Symbol di atas. Sudah tentu kaedah di atas lebih cantik hasilnya kan???.


So macamana, rasa-rasa boleh buat tak? Senang je,.. tapi kalau tak boleh buat, sub kat saya je ler..hehe





Thursday, 24 May 2012

Mengintegrasi Data Excel ke dalam ArcGIS

Ok.. kali saya gunakan bahasa yg lebih santai..hehe.. saya percaya mungkin ada daripada anda semua yang menghadapi situasi ini. Anda dah ada beberapa data, dengan koordinat sekali.. tapi data tu dalam format Microsoft Excel la pulak. Hmm macamana nak intergrate data tu dengan ArcGIS ye? Takkan nak key-in semula data tu dalam ArcGIS? Kalau takat 10 rekod ok le, tapi kalau berpuluh-puluh rekod, beratus-ratus rekod, jenuh juga nak key-in semula tu. Jangan risau, penyelesaiannya mudah sahaja. Perkara pertama yang perlu anda buat adalah pastikan struktur format data di dalam Excel anda memenuhi spesifikasi yang diperlukan supaya boleh di baca oleh ArcGIS.

Antara perkara yang perlu anda semak adalah :-

1) pastikan baris pertama di dalam data anda hanya mengandungi column fieldname.

Ini bermakna sekiranya pada baris pertama di dalam fail Excel anda mengandungi baris kosong atau header Tajuk, anda perlu delete dulu baris tersebut. Ini kerana ArcGIS akan menganggap baris pertama pada fail anda sebagai fieldname di dalam table. Untuk memudahkan pemahaman anda, perhatikan contoh fail Excel di bawah. Baris 1 dan 2 terdiri dari ruang kosong manakala baris 3 mengandungi header tajuk. Ketiga-tiga baris ini perlu di delete terlebih dahulu. Ini bermaksud baris 4 perlu dianjakkan kepada baris 1.


2) Sekiranya data anda mengandungi senarai koordinat, pastikan sistem koordinat apakah yg digunakan dan koordinat x,y perlu diasingkan ke column yg berlainan. 


Dalam contoh fail Excel di atas, nilai koordinat latitud longitud digabungkan di dalam column yang sama (column GPS) manakala formatnya pula tidak seragam. Ada yang dalam format DMS, ada pula yang dalam DD. Hmmmm parah juga ni.

Sekiranya anda ingin plot koordinat ini di atas peta, ada dua perkara yang perlu anda lakukan. Pertama, anda perlu asingkan kepada column yang berlainan (column latitude, column longitude). Kedua, anda perlu tukarkan nilai koordinat tersebut kepada format darjah perpuluhan (decimal degree). Perhatikan contoh fail Excel di bawah. Format dan strukturnya telah diubahsuai, baris pertama terdiri dari senarai nama field, dan ditambah pula column X dan Y yang menyimpan koordinat darjah perpuluhan. Bila dah ready struktur sebegini, barulah boleh anda proceed ke step seterusnya.


Next, masukkan fail Excel tadi ke dalam ArcMap. Sekiranya fail Excel anda ada banyak Sheet, anda perlu memilih Sheet yang mengandungi data yang ingin anda plotkan.

Setelah itu, cuba anda buka table Excel tu di dalam ArcMap. Nampak macam sama sahaja bukan? Yang bezanya adalah sekarang fail tu dipaparkan di dalam ArcMap.



OK, oleh kerana data anda tu mengandungi koordinat XY, macamana anda nak paparkan lokasi point tersebut di atas peta? Simple je, daripada ruangan TOC ArcMap, right click Sheet Excel anda dan daripada pop-up menu tu, pilih sahaja Display XY Data...


Anda akan melihat tetingkap seperti di bawah. Pastikan anda memilih field yang betul untuk ruangan X dan Y. Kalau tersilap pilih, tonggang terbalik ler kedudukan point anda nanti. Pastikan juga anda setkan Coordinate System yang digunakan di dalam ruangan Coordinat System of Input Coordinates tu.


Contoh output adalah seperti di bawah (yang point simbol bintang2 tu). Data tu saya overlay kan pula dengan basemap sempadan negeri dan daerah supaya saya boleh verify setiap point tu jatuh di daerah mana.


OK selamat mencuba.....


Wednesday, 23 May 2012

Menganalisa Data Cerun (Slope Analysis)

Kestabilan cerun merupakan aspek yang penting di dalam bidang kejuruteraan dan juga pengawalan alam sekitar. Cerun yang tidak stabil akan mengakibatkan kejadian tanah runtuh, gelinciran dan lain-lain. Kepentingan cerun menyebabkan beberapa akta dan garis panduan telah dikeluarkan sekiranya sesuatu projek hendak dibangunkan di sesuatu kawasan tanah tinggi. Di dalam GIS, data cerun ini boleh dibina dan dianalisis sekiranya anda telah mempunyai sumber data 3D surface.

Rajah di bawah menunjukkan contoh data 3D surface yang telah dibina menggunakan ArcGIS 3D Analyst. Daripada data ini, saya akan menunjukkan bagaimana data cerun boleh dibina.


Dengan menggunakan toolbox, klik pada tool 3D Analyst Tools > Raster Surface > Slope.


Pada tetingkap Slope yang dipaparkan, masukkan data 3D surface anda diruangan Input raster. Seterusnya namakan data output cerun anda. Anda mempunyai pilihan samada ingin membina data cerun di dalam darjah kecerunan (DEGREE) ataupun peratus kecerunan (PERCENT)


Hasilnya adalah data cerun rajah seperti di bawah. Cerun ini saya telah klasifikasikan kepada empat kelas cerun mengikut standard garis panduan EIA (0-15, 15-25, 25-35, > 35 darjah). Daripada output ini, dapat diperhatikan kawasan berwarna merah mewakili kawasan cerun melebihi 35 darjah.


Sekiranya anda ingin mendapatkan jumlah keluasan cerun untuk setiap kelas, analisis Zonal Geometry as Table boleh dilakukan di dalam ArcGIS Spatial Analyst. Rajah di bawah menunjukkan contoh tetingkap Zonal Geometry as Table. Anda hanya perlu masukkan data cerun anda yang telah menjalani proses Reclassify di ruangan Input raster or feature zone data.


Analisis ini akan menghasilkan table yang mengandungi maklumat keluasan, perimeter dan lain-lain. Perhatikan table di bawah. Output yang dihasilkan boleh diringkaskan seperti berikut :-

VALUE (darjah cerun)      AREA (keluasan meter persegi)
1 (0 - 15)                                      94,779,904
2 (15-25)                                   132,336,900
3 (25-35)                                     68,600,704 
4 (> 35)                                           7,615,800